Wednesday, December 16, 2009

bila isteri berleter

Assalamualaikum..


selamat pagi cinta..cewah:p hmm eager sgt nk share info ni ngn korang sume..especially utk married couple..xkira la baru kawen atau dh lama..dan ianya jgk utk ingtn aku...hope dpt manfaat dr kisah ni..


Kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya yg kuat berleter.


Setibanya lelaki itu di rumah Umar bin Khattab..dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar. Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.


Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?"


Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"


Umar berkata kepadanya:



"Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.


"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.


"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."


Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku." Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja
..



Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."


baca dr blog ni.



p/s: sesungguhnya suami dan isteri mmg dijadikan utk lengkap melengkapi diantara kekurangan yg Allah ciptakan..terima dan redha seadanya..
p/s2: smga kita dpt berhijrah menjadi yg lebih baik..

21 comments:

ibu damia said...

good info...yup betul...suami isteri adelah pelengkap antara satu sama lain...sama2 lah kita menghargainya...

mamaarifakeemaisy said...

yee..harus sabar ye kawan2..byk pahalanyer.. good info! ^_^

intanurulfateha said...

.insaf~ ;)

malinasiam said...

yeehaaaa
saling melengkapi antara 1 sama lain

ArPeGGiOS said...

aku tak suka berleter dan kena leter. hu hu hu

Rozita said...

berleter pun kena pada tmpt dan sebab nya.
leteran sayang tu..ha3x

Anonymous said...

xkesempatan nk beleter jumpe pon jarang heheheh

e.l.i.z.@ said...

hurmmm jarang nk pokpek pokpek sebab eli pun xsuka kena nag :P

Ummi Eisya&Amani said...

betul tu..memang perkahwinan ni adalah saling lengkap melengkapi..sama-sama la kita bersyukur dan bersabar dengan apa yang kita ade..

A.H.A.D said...

kena forward kt husband ni hehe

Afzan Aini said...

wahh.. bagus nih, kene kopipes kat blog saye gak nih. biar hubby bace. eheeh

Unknown said...

beb.. laki haku kan slalu ckp aku pot pet pot pet.. padahal dia punye pe'el tu yg wat aku pot2 pet2.. lame2 jd cam mulot itik laks aku nih..

mummyseri said...

ermm bagusnya share ni..
ye la hijrah kepada yg lebih baik..smoga tahn dpn x btk pokpek sgt :)
salam maal hijrah wat suziey skuarga..

pssstt ..da update resepi ciskek tu..bole la try nnt yek..

CuTeMiUt78 said...

yup betul..betul..somi isteri adalah satu perkongsian hidup.. makanya kena la ada saling tolak ansur kan

Ummi Salsabila said...

btol2..kn sbr.tp kite tbalik.husband lg suke meleter.hehe

mama_umar_maryam said...

yeah,same2 kite berdoa menjadi better and better wife :)

Hezesuze said...

suke berleter kt tenet jek....huhuhu

UmiIzz said...

wah.... bagus3, baru nak buat entry ni, dah kua disni... hehheeheh nnt dapat yg menarik share lagi erk

zh-ena said...

betul tu sokong sangat

wantie said...

biasa baca c iter ni. tapi bila aku baca kali ni, rasa cam nak print & tempek kat pintu bilik.

Aku pun kaki berleter gak.. kahhhhhhhhhhh...
biasa la nama pun kaum hawa...

"kata orang lagi banyak anak, lagi kuat leter dier"

BabyIntan said...

Intan pon ada baca dah citer nie and really both of us kena appreciate each other di samping memahami apa yg masing2 kena buat utk kesejahteraan rmh tangga.

Mmg gud article utk kaum adam baca so that jgn cari alasan cari pompuan lain coz isteri sllu beleter kat rumah ;)

Related Posts with Thumbnails
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio