Tuesday, December 21, 2010

zakat pendapatan

Assalamualaikum..

request dr hamba Allah minta aku kupas isu zakat pendapatan..aku just akn share serba sdikit la pasal zakat pendapatan ni..nk kupas sedalamnya tu perlukan 10 pages n3..hehe..ok 1stly intro dulu la..ade perbezaan pendapat antara ulama mengenai hukum mengeluarkan zakat pendapatan..sebabnya zakat pendapatan mmg tdk dinyatakan dgn jelas dlm kitab Fiqh terdahulu..sbb tu ade pertikaian..yg dinyatakan dlm Quran perkara yg diwajibkan zakat hanyalah hasil pertanian, ternakan, emas dan harta...mmg tdk dinyatakan langsung  zakat pendapatan..

dgn peredaran zaman skang ni..hasil pertanian dan ternakan yg pada masa dahulu merupakan sumber penjanaan ekonomi utama adlh sama dgn gaji yg kita terima dari kerja yg kita lakukan..duit gaji, bonus, pencen atau segala hasil yg kita dpt sbgai pendapatan kita..sbb tu menurut ulama Dr Yusuf Al-Qardhawi..zakat pendapatan jg diwajibkan ke atas mereka yg menerima pendapatan dr kerja yg dilakukan..in fact, since zaman Khalifah Umar Al-Khattab lagi zakat pendapatan tlh mula dipungut..mengikut peredaran zaman, petani dan penternak yg mendpt hasil tanian dan ternakan diwajibkan berzakat, maka jika seseorang itu bekerja dan mendpt gaji, elaun, bonus dan sebagainya sbgai pendapatan mereka juga diwajibkan berzakat..kalau mengikut ekonomi Islam dahulu, urusan muamalah adlh menggunakan emas dan perak..bila ckp haul (tempoh simpanan) dan nisab wajib dizakatkan sprti termaktub dlm hadith..tetapi skang ni dh guna matawang..so sbb tu ada para ulama dan majlis fatwa memfatwakan ianya wajib dizakatkan seperti emas...SELAIN IBADAH, HUKUM BOLE BERUBAH MENGIKUT KESESUAIAN DAN PEREDARAN ZAMAN..hanya hukum ibadah shja xkan berubah mengikut peredaran...mcm solat 5 waktu..hukumnya wajib..ianya xpnh berubah menjadi harus dlm ape keadaan sekalipun kan..even utk musafir skalipun..cuma ade kelonggaran dlm perlaksanaannya mengikut sunnah Rasulullah..iaitu jamak dan qasar..

so back to the topic..klau pendapatan kita ckp utk kadar di zakatkan..so elokla kita berzakat..sebagai pembersihan dr pendapatan kita..dan pendapatan kita tu diredhai Allah...kalaupun xdiwajibkan zakat..ini lah ijtihad yg sgt baik kan..utk diri kita sdiri dan jgk utk faqir miskin dan org2 yg berhak utk menerima zakat kita..and also..pendapatan kita juga secara automatiknya kita akn tukarkan kpd harta jugak kan..wajib utk kita membayar zakat ke atas harta milik kita..duit simpanan consider as harta ok..so klu nk selamat..duit simpnan yg byk itu elokla kita simpan atau melabur dlm tabung haji..tabung haji mmg dh uruskan siap duit kita tu utk potongan zakat..so kita xkan terlepas dr tdk membayar zakat ke atas harta kita..mudah kan :)

emm for info..zakat yg dikenakan ke atas kita xkira emas atau harta..hanyala 2.5% dr jumlah keseluruhan nilai emas atau harta kita..n nilai emas tu dikenakan zakat bila ianya melebihi 85gram dan melepasi haul (tempoh simpanan) selama setahun..ha tu diwajibkan berzakat..so ade la pengiraan dia..mcm zakat pendapatan pula..slpas ditolak tanggungan ibu bapa, anak bini, keperluan asasi, hutang piutang..dan baki lebihan dr pendapatan kita yg tlh ditolak perbelanjaan kita tu la akn dikira utk zakat..duit pencen, saguhati persaraan utk org keje gomen..sume tu dikira pendapatan utk pengiraan zakat ok..segala pendapatan yg kita perolehi dgn berkala dan berterusan..

so kesimpulan yg bole aku buat..even tho trdapat pertikaian dan percanggahan dlm hukum mengeluarkan zakat pendapatan ni, kita ambil yg elok dan tdk membebankan kita..kita berzakat jgk umpama kita bersedekah..bkn ke elok utk bersedekah dgn lebihan pendapatan yg kita dpt..

ckp la kot kupasan aku ni..skop yg amat luas..hope dpt menjawab persoalan dr hamba Allah yg bertanya tu ....hehe.. :)

14 comments:

Sidratul Muntaha said...

ooo
kena ade haul yer..
pastu tolak itu ini brulah kira 2.5% daripada tolakan tu.
tapi,ade beza ker antara suami dan isteri?
sebab,suami ketua rumahtgga.
byk tanggungan.
n cara bayar tu kan,tak sama macam kita sedekahkan?!
maksud aku niat tu masa bayo.
misalannya,kita jumpa fakir kalau kita niat tuk sedekah..
maka jatuh sedekah.
tapi klu niat kita bayo zakat,hukumnya zakatlah kan?!

Dee said...

setuju..pendapatan yg kita terima adalah utk dikongsi..sebahagian kecil je pun kan..

Norita Shaklee said...

sebagai tambahan....

zakat adalah satu kewajipan manakala sedekah ialah sunat muakad.

Atia Adina said...

senang bayar zakat melalui potongan gaji....tak payah pikir dah....

wantie said...

Aku lebih suka bayar zakat daripada mebayar cukai. sebab sudah kita ketahui bahawa pendapatan zakat akan di salurkan kepada golongan miskin/kurang upaya.

untuk anak bangsa seagama kita jugak.

Suziey Ahmad said...

ayu:

suami dan isteri kira asing..pendapatan suami isteri adlh hak individu..begitu jgk simpanan harta suami isteri..so zakat yg dikenakan adlh ke atas individu..berbeza dgn zakat fitrah yg mana hanya diwajibkan pd ketua keluarga di atas semua tanggungan dibawahnya..so klu ko ade pendapatan lebihan dan ckp nisabnya...zakat tu dikeluarkan oleh ko la..

cara bayar tu mmg la xsama mcm kita sedekah..sedekah ikt keikhlasan hati kita nk keluarkan berapa..tp kalu zakat ade kiraan dia yg ko kena patuhi..cuma mksud aku umpama sedekah tu kebaikan diala..sedekah dan zakat 2-2 baik kan..bezanya sunat dan wajib jek..

Rozy said...

kalau dah kena income tax banyak tu apa salahnya kalau kita bayar zakat pendapatan, boleh tolak dari income tax dapat balik rebet. Zakat kan wajib. Sangat suka kalau co boleh potong zakat, tp takleh..kena tunggu rebet income tax rolling tuk bayar zakat balik.

Unknown said...

lebih afdhal bayar zakat pendapatan kan dari kita duk bayar cukai pendapatan :) thanks kak for the info :)

Hezesuze said...

bagus info nie...alhamdulillah every year abg pomen tak lupa bayo zakat..

Unknown said...

alhamdulillah. aku pun baru nak belajar pasal zakat ni. tq atas info.
p.s:suzieyyy ingat aku lg tak?? kwn merempit masa kat ukm dulu..hehe

Mama Zharfan said...

thanks for the info
mcm mana nak tau gaji kita tu mencapai kadar minima zakat--let's say gaji wife RM3k sebulan, and gaji hubby RM2k sebulan--so gross income RM5k sebulan--net income slps tolak instalment keta, umah, insurans , loan etc, jd RM2500 K ajer..so zakat ke atas RM5k kan kiraanya..me blur2..

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

info yang bagus la suziey, bagus kupasan ni, kalo kita ada sebanarng keraguan leh la aju kat suziey kan

Mak Su said...

elok kita lunaskan cepat2 :)

Suziey Ahmad said...

MZ:

zakat pendapatan dikeluarkan atas pendapatan INDIVIDU..bukan combine suami isteri..bkn mcm zakat fitrah yg diwajibkan ke atas ketua keluarga utk semua tanggungannya..

pengiraan zakat pendapatan based on berapa baki jumlah pendapatan selepas ditolak tanggungan...such tanggungan ibu bapa, hutang piutang..so balance yg berlebihan kalau ckp nisab utk dizakatkan barula dikira 2.5% daripadanya..

Related Posts with Thumbnails
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio