Wednesday, March 17, 2010

akibat jahil

Assalamualaikum...


n3 ni khas utk korang2 yg br lps mkn tu...yg mata dh layu semacam je kan..meh baca 1 kisah..disebalik kelucuan terselit iktibar..

Tiga orang pengembara mengembara ke sebuah daerah terpencil di benua Afrika. Dalam pengembaraan itu mereka telah ditangkap lalu dibawa ke tengah kawasan yang berserakan dengan tengkorak manusia.


“Kamu telah memasuki kawasan kami dan akan dihukum mati!!” tempik ketua puak dengan wajah gerun.


“Tolonglah kami...” Rayu ketiga-tiga pengembara sambil menangis.


“Baiklah..oleh kerana kamu merayu aku beri kamu satu peluang.” jerit ketua puak, ketiga pengembara berasa dingin kelegaan.


“Tetapi dengan satu syarat!” sekali lagi dia bersuara.


"Apakah syaratnya?Kami akan turuti.” Sahut mereka bertiga.


”Kamu diminta mendapatkan buah-buahan untukku. Bawakan kepadaku sebelum matahari tergelincir.” Suaranya garuk menjelaskan syaratnya.


Tanpa berlengah mereka meluru ke dalam hutan untuk melaksanakan tugasan. Setelah hampir tamat masa yang yang diberikan, seorang pengembara dengan girang menunjukkan beberapa biji buah manggis yang ditemuinya kepada rakannya yang hanya menjumpai beberapa butir buah ceri.
Kedua mereka segera menyerahkan buah yang mereka temui kepada ketua puak.


“Bagus...bagus!” Ucap ketua puak.


“Kamu telah berjaya melaksanakan tugasan pertama, sekarang buat tugasan kedua pula.”


”Hah !! ada tugasan lagi ?” jerit mereka serentak.


”Kamu diminta memasukkan buah itu ke dalam lubang hidung masing-masing. Kamu tidak dibenarkan menangis atau ketawa semasa memasukkannya.”


Alangkah kesalnya pengembara yang membawa buah manggis, tetapi apakan daya demi menyelamatkan diri sendiri, dia berusaha sekuat hati memasukkan buah manggis itu ke dalam lubang hidung, beberapa kali dia mencuba tetapi gagal ..kerana sakit dia menangis.


”Kamu akan dihukum mati kerana menangis !" jerit ketua puak tanpa belas kasihan.


Dia dicampak ke dalam sangkar kayu bagi menunggu saat hukuman dilaksanakan.
Di dalam sangkar dia menyalahkan diri sendiri kerana memilih buah manggis .


”Kenapalah aku cari manggis..alangkah baiknya kalau aku ambil buah ceri sahaja macam sahabat yang seorang tu..” Kesal di hati tak sudah –sudah.


Tiba-tiba pintu sangkar terbuka dan rakannya dihumban masuk.
”Eh... kenapa kamu kat sini, bukankah buah ceri tu kecil dan mudah untuk dimasukkan ke dalam lubang hidung kamu?”


”Memanglah mudah, tapi mana aku boleh tahan... sedang aku masukkan buah ceri dalam lubang hidung tup-tup datang kawan kita yang sorang lagi tengah dok heret buah nangka! Akupun tergelak besar..bayangkan bagaimana nak sumbat nangka tu dalam lubang hidung dia!”


Pokoknya, semua mereka keluar cari buah tapi tak tahu apa tujuannya....itulah padah bila tak tahu !


Moral:

1. Bila kita jahil, buat sesuatu yang baik pun jadi salah!
2. Sebab itu jahil adalah musuh agama, musuh Allah dan musuh dalam hidup ini.
3. Tuntutlah ilmu sampai bila-bila.
4. Tawadhuklah apabila berilmu


sumber dr blog ustaz ramli..best..xrugi baca..

25 comments:

malinasiam said...

terkekeh2 den golak
nasib baek pc den dh blh guna

Suziey Ahmad said...

momguess:

ceh sabo jek..org soh amik iktibar..ekeek:D gunakanla pc ko tu utk manfaat..klau x nnti meletop lg..ecewah:p mulia gitu:D

mummy_ayu said...

lawak la ko suziey..dah perut tgh kenyang, baca lawak ni plak...adoi hai!apa pun tq for the after luch joke..

Suziey Ahmad said...

mummy ayu:

ekeekee..ni wake up joke namanya..ekeek:D

ita cutevirus said...

walaupun belum amek lunch lagik, tp, ita tetap nak baca...

betul jugakkan?? contohnyer macam orang malaysia nie.. lebih² lagi melayu... dok ikut cara barat.. tp, diorang tak tau kot² ada makna @ muslihat disebalik perbuatan yang diikutnya...

Suziey Ahmad said...

ita:

la xlunch lg ke..ish g lunch dulu br bole baca..ekek:p

emm tu la..yg suka ikt melulu tnpa tau asal usul tu yg kita xnak..menjadikan kita jahil..bl jahil..segala yg kita buat walaupn dgn niat baik tp xbtl..sia2..lebih malang boleh memudaratkan plak lagi;)

UmiIzz said...

suziey,
nak tahu tak.. sebelum baca ni..mata ni alahai ngantuktahap gaban nk jadi atromen la... lepas baca.. pecah perut ni.. buntang terus mata... segar giler tQ la bagi umidanish kembali cergas...ekekeke memang lawak

UmiIzz said...

suziey,
nak tahu tak.. sebelum baca ni..mata ni alahai ngantuktahap gaban nk jadi atromen la... lepas baca.. pecah perut ni.. buntang terus mata... segar giler tQ la bagi umidanish kembali cergas...ekekeke memang lawak

Suziey Ahmad said...

umidanish:

haha..elok la cenggitu..bole bekerja dgn cergas..ekekek:D disebalik lawak amik jgk iktibarnya smga mndpat manfaat:)

Sidratul Muntaha said...

ekekek
tu namanya..
malu bertanya,sesat jalan...
ekeke..
klulah nangka tu msuk kat lubang idung..
camnolah tu yerk?

Hezesuze said...

hahaha lawakler...sib baik
xamik buah durian kan
haaaa camno nk sumbat kt lubang
idung tu?? wakakaka

Ummi Eisya&Amani said...

adoi..tak dapat ku bygkan nangka nak masuk hidung..lawak tul..leh masuk raja lawak ni..hhihii

Suziey Ahmad said...

ayu:

ceh ko..sabo je aku..ye mmg la lawak..hampeh je siap bayang:p

Suziey Ahmad said...

heze:

adoi xsanggup nk bayangkan la..ish mau berlubang:D

Suziey Ahmad said...

ummi eisya:

amboih ko suke yek..ekeekek:D

mama_umar_maryam said...

nasebla si pembawak nangke tu..iskh,aku asik nk bygkan klu nangka masuk lubang idung nih ;D

Suziey Ahmad said...

mama umar:

hahaha ko sabo je la..sian si pembawak nangka..yg bw ceri tu plak lagi la..cari nahas:p

its me said...

hahah da elok elok tak kene hukum mampus gelak kat org kan da kene...hahahaha yg last last tarik nangka aku pun nak tergelak....nak sumbat idung kingkong ker ape tuh??wakakkaakka

azhariahzuber said...

yg bawak buah nangka tu kelakar.,..hehhe

Haiza said...

muahaha tumpang gelak baca joke nih....ekeke tu lah gelakkan orang lagi...kan dah sama kena hukum...berlawak sambil bagi pengajaran...bagus...bagus

BabyIntan said...

Baru baca nie, ha ha ha..lawak :D

Tapi yg bagusnya ada iktibar dan pengajaran di situ ;)

e.l.i.z.@ said...

hehehe..sampaikan eli lak yg terasa buah manggis n ceri masuk dlm lubang idung..punye la kusyuk baca ekkek

p/s: wallamak..dh maju bertapak² nih..ni mesti dh rembat telephoto zoom lense nih..brapa k habis?

zh-ena said...

tergelak baca mcm maner la nak sumbat buah nangka tu hehehehehhee

10 said...

aduhaiii... lawak lak kes buah nangka tu...

apa2 pun yg penting wat sesuatu kena tau sebabnya kan?

wantie said...

pernah baca citer ni, tapi buah tu kena masuk semula melalui lubang jubur... kawan yang last tu datang bawak buah durian... bayangkan!!!

Related Posts with Thumbnails
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio