Thursday, March 7, 2013

Rukun Haji - Niat Ihram & Wukuf

Assalamualaikum..

Rukun 1 - NIAT IHRAM

# rukun haji yg pertama adalah Niat Ihram dan wajib haji adalah dilakukan di Miqat. sunat berniat ihram menghadap kiblat dan dlm keadaan berwudhuk. 
# once dh lafazkan niat ihram haji, sunat memperbanyakkan talbiah dan berzikir.
# bg lelaki, semasa berada dlm ihram disunatkan beridtiba' (menampakkan bahu kanan) hanya semasa melakukan tawaf dan saie. makruh beridtiba' ketika solat ok..
# bg lelaki lagi, smsa dlm ihram wajib menampakkan 5 jari kaki dan tumit kaki..xblh tertutup salah satu darinya kerana ia blh menyebabkan haji tidak sah.

Rukun 2 - WUKUF

# secara maknanyna, berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun bermula dari gelincir matahari (masuk Zuhur) 9 Zulhijjah hingga seketika sebelum terbit fajar (masuk Subuh) 10 Zulhijjah.
# mesti berpijak di bumi Arafah - xboleh di atas helikopter / atas pokok.
# waktu wukuf - Zuhur 9 Zulhijjah hingga Subuh 10 Zulhijjah.
# waktu afdhal wukuf adlh sedikit siang 9 Zulhijjah dan sedikit malam 10 Zulhijjah
# jemaah Malaysia berwukuf dari Zuhur (12pm) 9 Zulhijjah hingga Maghrib (7pm) 10 Zulhijjah. so dptlah waktu afdhal wukuf.
# semasa wukuf di Arafah, doa adalah makbul, so perbanyakkanlah berdoa dan buat ibadat sunat semasa wukuf..waktu paling afdhal berdoa adalah sebelum terbenam matahari (maghrib)
# bila masuk waktu wukuf akn ada khutbah pertama diikuti khutbah kedua. sunnah khutbah di Arafah adlh khutbah kedua dilakukan serentak dgn azan oleh bilal..ngam2 abis je azan, khutbah pn selesai..
# utk mereka yg tidak menunaikan haji, digalakkan berpuasa sunat hari Arafah..ganjaran nya sama seperti org yg menunaikan haji yakni org yg sedang berwukuf di Arafah..subhanallah..Allah Maha Adil..disediakan alternatif utk hambaNya yg xberpeluang berada di bumi Arafah utk berwukuf.


Related Posts with Thumbnails
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio