Monday, April 4, 2011

Hajar Aswad (batu hitam)

Assalamualaikum..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Hajar Aswad itu diturunkan dari Syurga, warnanya lebih putih dari susu, dan dosa-dosa anak cucu Adam lah yang menjadikannya hitam" Jami' al-Tirmidzi, al-Hajj, (877).

yg diriwayatka oleh Mujahid, bahawasanya ia berkata:
" Ketika Ibn Zubair memugar Ka'abah, saya melihat ke ujung dimana terdapat Hajar Aswad dan ternyata semua bagiannya yang di dalam Ka'abah bewarna putih" Akhbar Makkah li al-Fakihi, no.27

so disimpulkan akibat dosa2 anak cucu Adam menjadikan batu Hajar Aswad menjadi hitam..kalau dosa2 boleh menghitamkan batu, apatah lagi pengaruhnya terhadap hati kita..

batu Hajar Aswad adlh batu dari Syurga yg diberikan kpd Ibrahim a.s utk diletakkan di penjuru Kaabah..Nabi s.a.w menciumnya sebagaimana yg dilakukan oleh nabi2 terdahulu sehingga Hajar Aswad menjadi tempat bertemunya bibir2 para nabi, org2 soleh, para haji dan mu'tamirin..ia menjadi tpt bermula dan berakhirnya tawaf dan jg tempat mustajab doa..antara lainnya..pada hari Kiamat kelak, Hajar Aswad akn memberikan kesaksian bagi org2 yg telah menyalaminya dgn kebenaran..

byk sgt keistimewaan batu Hajar Aswad ni..sprti yg disunnahkan utk mengucup dan menyalami (menyentuh) batu tersebut ketika tawaf..tapi kena jg niat hati kita..jika ada peluang utk mengucup dan menyentuh Hajar Aswad anggaplah sekadar meneruskan amalan Sunnah krna Nabi s.a.w juga berbuat demikian..bkn dgn niat utk mengagungkan batu tersebut..ia hanyalah batu..tdk bole membawa kebaikan dan juga kemudaratan..dikhuatiri kita terjerumus dlm menyekutukan Allah s.w.t..wallahualam..

kt area Hajar Aswad ni mmg sgt sesak dgn kaum lelaki..adlh tdk digalakkan utk wanita sama2 bercampur sesama lelaki hnya utk mengucup dan menyentuh Hajar Aswad seperti yg dilakukan oleh Aisyah r.a...melainkan keadaan membenarkan iaitu tdk terlalu padat org lelaki..which is skang ni agk mustahil la nk tgk keadaan tu..

aku pn mmg xde rezeki utk kucup Hajarul Aswad seperti yg disunnahkan..tp xpe sbb dpt gk pahala sbb menjadi org yg bersabar dan redha dgn ketentuan Allah..bersabar sbb xjoin sama berebut n tolak menolak utk pegi ke tpt Hajarul Aswad..ckp la hnya dgn melambaikan tgn ketika tawaf dan bertakbir..

~dkt penjuru Hajar Aswad tu mmg dibina sprti tapak utk para polis utk mengawal keadaan di Hajar Aswad..actually ade flow dia..setiap org hnya dibenarkan utk kucup dan sentuh then kena keluar..klu nk dok lama2 kt situ pn xkan dptnya..org2 arab ni sume besar2 n kuat..dorang angkat je utk bg peluang kt org lain pulak..mcm dlm gbr tu polis tu akn berpaut kt kain Kaabah tu..mcm ade tali poket gitu..klu keadaan agk huru hara kt situ nnti dia ketuk masing2 dgn cota dia tu..hehe..paling klakar klu tgk suasana lps solat fardhu..sbb time solat fardhu kwsn Kaabah akn kosong..tamat je imam bg salam kedua..berderu org lumba lari menuju ke Hajar Aswad...hiks..aku dpt la tgk suasana tu..haih indah jgk.. :)~

14 comments:

ummi sofiyyah said...

kita kaum hawa ni mcm x der peluang la nak mengucup batu syurga itu kan...ermmm..

Unknown said...

betul la kan kaum hawa mmg susah nk dpt peluang utk kucup batu hitam tu..kt kpg gitu lah dgr org popuan yg dh blk cita..mna nak himpitnya org arab ni besar..kalo kita tak kuat mmg jatuh pstu kena pijak je ngan diorg..

Gieyana said...

ku tgh bayangkan mcm mn ler keadaan kelakarnya time owg berebut2 nk cium batu tue kan! Sure secepat kilat dioarg terjah batu tue lepas solat...aperpon ko dh dpt g sn dh syukur dh kan:.:D

MamaYatie said...

dpt tngk dr kejauhan pun dah syukur dah kan..musim haji lagi menderu2 ramainya umat manusia kan..huhu

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Mak lily dulu pon time megerjakan hj..dia ckp mmg org berebut2 nk kucup hajar Aswad ni..mak kita kecik..x dptlah nk berebut2 dgn org2 arab yg berbadan besar..mmg xde peluanglah nk kucup hajar aswad ni..

ieda said...

ermm banyak kisah pasal batu ini .. indah sbb ada peluang mengucup .. tapi risau lah kan sbb org2 sana besa2 semua .. mak akak pun cerita masa pergi tu , x leh gi sorang2 gi ngan ayah sbb kuat sikit .. kalau sorang2 huhuhu .. mau kena tolak ..

edane said...

ingt citer abah i g mekah... rezekinya dapat banyak kali cium batu hitam ni. ma pun dapat merasa dengan bantuan abah

AishaAminudin said...

seronok la dgr citer ni, rasanya kalau berkesempatan siapalah yg x nk kucup kan, semuanya ketentuan ALlah..kalau ader rezeki insyaAllah tak kan kemana

mama_umar_maryam said...

tingat cite kelaka my aunty mase g sini, die citer,sepupu die igt mase kt hajar aswad ade 'malaikat' angkat die trus menuju ke batu utk cium, sekali ghupe2nye org indon kt situ mmg stanby je nk angkat jemaah2 , "mau cium hajar aswad buk?pak? " pastu die caj nye , hik3..

Farra Dhelina said...

best dpt baca cerita2 akk ni..byk sgt info sy dpt..

mrs eyza said...

alhamdulillah berpeluang kucup masa pegi umrah kali kedua... ;)

A.H.A.D said...

kalo ada rezki buat umrah nanti, leh baca balik entry suziey ni..byk tips2 & ilmu..
tq for sharing :)

ALoNa CintamaniszLite said...

hmm..info yg sgt detail penah akak baca. tgk discovery channel pun tak macam ni tau, suziey..
alhamdulillah..akak dipertemukan ngan blogger mcm suziey ni.
Sbb akak mmg suka citer detail mengenai sesuatu perkara yg akak tak penah tau tu..huhu..

pss; polis tu ketuk cota kat mana ye? kepala ke...kat badan aje?? hehe..

Sidratul Muntaha said...

arini (13hb) masa aku pergi kelas sirah nabi kat masjid nih.
baru aku thu ape dan asal usul hajar aswad ni.
kenapa dia ade dan ape tujuan dia Allah ciptakan..
batu inilah tapak kaabah dan jugak batu inilah yg menyatukan kabilah2 arab masa pembinaan kaabah selepas banjir.
detail aku ade baca dlm fiqh al sirah (al buti) tulisan muhammad sa'id ramadan al buti.

plot2 entry ko pasal umrah(mekah dan madinah) ni ada aku jdikan key point untuk soal jwb masa gi kelas sirah nih.

sharing is caring..


perenggan kelima entry ni buat aku teringat jugak ustaz tu kabo:
batu ini boleh memudaratkan dan mendatangkan kebaikan.dan sebaliknya.
*kesaksian segala makhluk,benda dan nyawa ciptaan Allah termasuk manusia,al jan,malaikat,syurga dan neraka.

mmg rezeki pada yg dpt tgk dan kucup,tapi dpt lambai pun sudah bagus.

huhh...
mudahan sampailah rezeki aku dan ahlil kuarga kecik aku untuk ke sana.
insyaa Allah..

Related Posts with Thumbnails
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio