Thursday, February 17, 2011

tawaf di Baitullah

Assalamualaikum..


rukun kedua dlm ibadah umrah adlh Tawaf di Baitullah..slps kita niat ihram di miqat dan buat solat sunat ihram, lakukanlah tawaf bila kita memasuki Mekah..tawaf adalah perbuatan mengelilingi Baitullah (Kaa'bah)  di dalam kawasan Masjidil Haram sebanyak 7 kali pusingan sambil berzikir dan berdoa kpd Allah bermula dan berakhir di penjuru Hajarul Aswad..doa semasa tawaf adalah makbul..bila kita masuk masjidil haram, tawaf menggantikan solat sunat tahiyatul masjid..klu kita masuk mana2 masjid selain masjidilharam, kt disunatkan utk solat sunat tahiyatul masjid 2 rakaat..tp kalau kita masuk masjidilharam, kt disunatkan tawaf di Baitullah.



ok back to the topic..tawaf di Baitullah utk rukun umrah..so camne tawaf di Baitullah mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w?? ok..slps kita niat di miqat, kita disunatkan bertalbiyah sepanjang perjalanan menuju ke Baitullah utk melakukan tawaf..berhenti bertalbiyah hnya bila kita smpai ke Hajarul Aswad utk melakukan tawaf..mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w, org lelaki hendaklah sentiasa berithiba (masukkan kain ihram di bawah ketiak kanan dan hujungnya menutup bahu kiri sehingga kelihatan bahu kanan)..dan jgk disunnahkan utk lelaki berlari2 anak bg 3 pusingan pertama manakala pusingan ke 4 sehingga akhir berjalan seperti biasa...kita wajib di dalam keadaan berwudhuk..tdk bole berckp selain perkara yg baik..hnya kedengaran bacaan ayat suci al-Quran dan kalimah suci shja..lebih kurang sama mcm dlm solat.niat kita mestilah tawaf kerana Allah Taala..bkn niat lain..klu tgh tawaf tetiba terpisah dgn kumpulan/pasangan, jgn la cuba mencari smpai jumpa krna ini bole menjejaskan tawaf tersebut..niat dh lari and kemungkinan utk bahu kita beralih pn tinggi..bahu sebelah kiri kita kena sentiasa selari dengan Baitullah..tidak bole terpaling ok..kalau x terbatal la tawaf tu..


permulaan tawaf adlh dr penjuru Hajarul Aswad (di garisan no 13 tu)..actually ade 3 garisan dr penjuru Hajarul Aswad utk kita mulakan..slh 1 nya yg garisan no 13 tu la..mula dan tamat pada garisan yg sama..and  kita disunnahkan utk mengusap Hajarul Aswad dan mengucupnya setiap kali pusingan tawaf sbgaimana yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w..sekiranya tidak mampu utk mengusap dan mengucupnya, ckplah sekadar menggunakan isyarat tgn kanan sambil bertakbir..

Hijir Ismail (bertanda no 5 dlm gambarajah) adlh termasuk sebahagian dr Baitulah..ianya didirikan tembok yg melengkung di luar bgnan Kaabah sbb pd masa pengubahsuaian Kaabah dilakukan, tiada peruntukan yg mencukupi..sbb tu hnya didirkan tembok shja..so ketika tawaf, jgn masuk dlm kawasan Hijir Ismail ok..klu masuk tak sah tawaf tu..sprti dimaklumkan, tawaf adlh melakukan pusingan mengelilingi Baitullah (Kaabah)..bukan melintasi..so klu masuk ke kwsn Hijir Ismail batal lah..kira melintasi Kaabah..

bila smpai di Rukun Yamani (bertanda no 9 dlm gambarajah), sprti Sunnah Rasulullah s.a.w, disunatkan utk Istilam (menyentuh) Rukun Yamani dgn tgn kanan (jika berkemampuan utk berbuat demikian) dan bertakbir sambil mengusapnya..TIDAK DISUNNAHKAN utk mencium Rukun Yamani atau memberi isyarat dgn tgn setiap kali melintasinya sekiranya tidak mampu utk mengusapnya..so klu xdpt sentuh Rukun Yamani just teruskan je tawaf dgn berjalan terus tnpa melambai tgn ke arah Rukun Yamani..

sepanjang perjalanan tawaf dari Rukun Yamani ke penjuru Hajarul Aswad, hendaklah membaca:

"Rabbana atina fiddunya hasanah wafilakhiratihasanah waqinaa'zabannar"

maksudnya:

"Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"

pls take note..TIADA DOA KHUSUS bagi setiap pusingan semasa mengerjakan tawaf..kita disunnahkan sentiasa berzikir dan beroda..so..xperlu baca doa2 dlm buku yg khusus utk tawaf..lebih baik kita berzikir dan berdoa memohon kpd Allah apa yg kita hajati..rather than baca script tnpa penghayatan..

setelah selesai 7 pusingan tawaf, dirikanlah solat sunat 2 rakaat di belakang tapak Makam Nabi Ibrahim  (bertanda no 7 dlm gambarajah) yg merupakan tpt mustajab doa jugak..then disunatkan utk minum air zam zam dan berdoa di Multazam (ruang antara pintu Kaabah dan penjuru Hajarul Aswad..yg bertanda no  6 dlm gambarajah)..disunnahkan sprti yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w utk melekapkan dada dan muka sambil mengankat tgn dan berdoa di multazam..juga tpt mustajab doa..kalau ade rezeki dptla berdoa di Multazam..besela org ramai dan ruang yg sgt kecil....so bykkan berdoa minta dipermudahkan segalanya..

for info..antara tpt yg mustajab doa jgk adlh di bawah pancur emas (no 3 dlm gambarajah)..next dh selesai perihal tawaf dan amalannya..bole la melakukan Saie plak..ok ni next n3 eh :)

source gbr: www.google.com

boleh ke kirim salam pada nabi dan apa hukum wanita menziarahi makam nabi??

Assalamualaikum..

since byk dpt kiriman dr sahabat handai utk menyampaikan salam mereka pada Rasulullah s.a.w, so samada utk mengambil amanah tersebut atau tidak..perlu la selidik dulu samada perbuatan itu disyariatkan atau tidak utk mengelakkan kita melakukan perkara yg bidaah..

ok..utk makluman perbuatan mengirimkan salam kpd Rasulullah s.a.w. melalui org yg akn pergi ke Madinah TIDAK PERNAH DISYARIATKAN dan tidak pernah dilakukan oleh salafussoleh..sesiapa shja bole mengucapkan salam kepada baginda di mana2 tempat mereka berada..Allah akn menyampaikan salam itu melalui para malaikatNya..

sabda Rasulullah s.a.w:..maksudnya:

"Sesungguhnya salam kamu pasti sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada" - Riwayat Abu Ya'la:469
in fact, dlm solat kita yg 5 waktu sehari tu...2 kali setiap waktu kita akn mengucapkan salam kita kpd Rasulullah s.a.w dlm tahiyat awal dan tahiyat akhir kan :) salam utk org yg sudah meninggal dunia hanya diucapkan oleh org yg berziarah itu sendiri..

so..hope penjelasan ni jelas tentang hukum kita mengirim salam kepada nabi melalui org yg akn pergi ke Madinah..JGNLAH DIAMALKAN ok :)

ok..berkenaan hukum wanita menziarahi makam nabi..boleh ke x? Syeikh Ibn Baz r.h berkata:

"kaum wanita tidak dibenarkan menziarahi makam Rasulullah s.a.w krna terdapat hadith melarang dan melaknat wanita yang menziarahi kubur secara umum. Perbezaan pendapat mengenai masalah ini sgt masyhur. Tetapi pendapat yg lebih baik dan sesuai dgn Sunnah ialah mereka TIDAK PERLU menziarahi makam Rasulullah s.a.w krna tidak ada beza antara makam Rasulullah s.a.w dengan kubur2 yang lain. Oleh itu wajib beramal dgn keumuman hadith-hadith itu selagi tidak ada nas yg membolehkan wanita menziarahi makam Rasulullah s.a.w. Yang ada cuma nas yang melarang perkara itu" - Fatawa Ibn Baz, jil:17, ms 419

perbezaan pendapat lain adlh menyatakan hukum wanita menziarahi kubur adalah makruh....hukum makruh adlh lebih baik tidak dikerjakan...namun jika ia dikerjakan tidak lah berdosa..so lebih baik bg wanita utk tidak menziarahi kubur krna itulah yg terbaik...hikmah disebaliknya adlh utk mengelakkan wanita yg sememangnya beremosi menangisi dan meratapi org yg pergi itu dikuburnya...

Wednesday, February 16, 2011

dpt tolat free..ouh i likeee

Assalamualaikum..

alhamdulillah..rezeki..dpt tolat free dr langkawi..hadiah besday gitu..hiks..mekaseh pd jijah..(ye btl nama dia jijah)..i like it to the max..everything yg chocolaty aku pasti menggemarinya..hiks..mana x gemuk..hahah:p

thnks to all yg sudi bg besday wishes kt aku..thanks so much..smga doa2 kalian dimakbulkan Allah :)

~ mcm dh lama giler xmkn choc van houtan yg dlm tin tu..hiks..~

syukur pd rezeki Allah..

p/s: jwb kt sini je la since ramai yg tnya...since cancel pegi Mesir, insyaAllah aku g umrah dgn hubby jek..aQeel tinggal dgn wawan dia..

niat ihram

Assalamualaikum..

ok nk bg info details pasal rukun2 umrah..dlm n3 lps aku dh brief pasal rukun & wajib umrah..now aku huraikan in details.ok rukun pertama adlh niat ihram and wajib dibuat di miqat..before ths aku sgt blur n xpaham camne nk tentukan miqat utk kita niat..n mmg ade byk tpt utk miqat..cuma xsure sape yg akn tentukan miqat mana utk kita niat ihram..n after dh pegi kursus umrah then baru la aku tau rupanya tpt2 miqat tersebut adlh di kwasn sekitar tanah halal sekeliling tanah haram..maksudnya tgk dr mana kita datang utk masuk ke Mekah..so niat la di miqat yg terhampir..

mcm aku nnti..insyaAllah aku dr Madinah..so miqat yg terhampir adlh di Bir 'Ali..klau jemaah dr Malaysia transit kt Jeddah and terus masuk Mekah, normally akn niat dlm flight yg mana flight tu akn melalui kwsn miqat Qarnul Manazil...nnti pilot tu akn announce la yg flight menghampiri miqat Qarnul Manazil..then bole la berniat ihram..klu dari Yaman miqat dia di Yalamlam..and etc..so lps dh niat ihram tu..sunat utk kita sentiasa bertalbiah sepanjang perjalanan menuju ke Mekah..

Niat ihram: 

" Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala "

niat ihram bersyarat :

" Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya, dan sekiranya aku datang haid atau lain-lain sebab maka halallah aku dengannya"

untuk wanita dinasihatkan utk membaca niat ihram bersyarat..dikhuatiri belum sempurna kita melakukan tawaf tapi didatangi haid..since umrah waktunya pendek shja n takut xsempat utk kita sempurnakan rukun umrah.. so dgn niat ihram bersyarat, seseorang wanita itu akn gugur ihramnya dan bebas dr larangan ihram sekiranya didatangai haid...tawaf wajib dlm keadaan suci, berwudhuk dan menutup aurat..sama seperti di dalam solat...saie dan tahalul xkisah..tanpa wudhuk/tanpa suci pn still boleh buat...

Maksud Talbiah: 

"HambaMu datang menyahut panggilanMu, ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah milikMu, tidak ada yang sekutu bagiMu"

AMALAN YANG SALAH:

speaking of niat umrah ni kan..kita slalu dgr org cite bila pegi Mekah buat umrah berkali2..means lps dh buat umrah yg pertama kali (yg wajib) tu..esoknya or bila2 kelapangan dorang akn keluar ke Tanaim di Tanah Halal semata2 utk niat ihram n buat umrah lagi..kononnya utk mendptkan pahala yg lebih..actually itu bukan yang disyariatkan utk melakukan umrah berkali2 dalam masa yg sama..maksud aku bila dh masuk ke Mekah dan berniat ihram and then sempurnakan rukun umrah..then esoknya keluar ke Tanaim utk buat umrah lagi...Rasulullah s.a.w tidak pernah berbuat demikian..Nabi junjungan kita hnya buat umrah 4 kali tetapi bkn dalam 1 kali..kita bole pegi ke Mekah berkali2 utk buat Umrah..tp bukan maksudnya kita yg dh berada di Mekah keluar dr Mekah utk niat umrah dan buat rukun2 umrah..in fact bg penduduk Mekah, tdk diwajibkan umrah ke atas mereka krna Tawaf di Baitullah adlh lebih afdhal. dan itu merupakan umrah bg mereka.(dan kita bila berada di Mekah)...so bila kita dh ade dlm Mekah, seelok2nya kita buat Tawaf sunat di Baitullah rather than kita gagah pegi keluar ke Tanah Halal utk niat umrah dan buat umrah...Tawaf di Baitullah adlh lebih afdhal dari bersaie..so elokla kita mengerjakan sesuatu perkara yg lebih pahalanya.....ok boleh baca kat sini utk lebih jelas lagi..beserta dgn dalil2 dari hadith yg sahih..

setiap apa yg kita lakukan haruslah berpandukan Al-Quran dan Sunnah..hope pahamlah Sunnah yg kita seringkali ungkapkan itu adlh setiap apa yg dilakukan oleh Rasulullah S.A.W...Rasulullah S.A.W dh ckp sempurna utk jadi panduan utk kita ..jgn la kita buat benda2 yg tidak dibuat oleh Baginda..selalunya amalan2 bida'ah ni dilakukan tnpa sedar..they are tend to think its ok to do more than what our Prophet done before..but their thought is totally WRONG..kt diminta dan diwajibkan utk mengikuti Baginda bukan buat bende2 yg berlebih2 semata2 utk dpt lebih pahala dan keredhaan..wallahua'lam..


3 days left..huhu

Assalamualaikum..

phewww***..giler bz..adeiiii..break kejap..3 days left before the long leave..tp bykkkkknya keje nk kena settle..haih..sabar..sabar..dugaan....

alhamdulillah..visa dh approved by Arab Saudi..just waiting our embassy to return wth the passport..syukur..semoga tiada lagi halangan utk kami berangkat 22hb ni..insyaAllah..

ok bye..bz sgt smpai otak jadi blur..huhu..




Related Posts with Thumbnails
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio