Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

maulud nabi

Assalamualaikum..

semua org tau esok Maulud Nabi kan..iaitu hari kelahiran Nabi junjungan kita..jgn hnya ingt esok sbb cuti jek..hehe..anyway..aku just nk share serba sedikit la ilmu yg aku ada ni..walaupn xbyk at least better than nothing omputih kata..ecewah:p

perlu ke sambutan maulidurasul dgn perarakan perbarisan disulami zikrullah? ye berzikir itu amalan yg sgt dituntut sbgai lagu pembasah lidah..spya kita sntiasa mengingati Nabi junjungan kita dan menambahkan kasih kita kepada Baginda..jg sbgai tanda syukur kita kpd Allah di atas sgla rezeki dan nikmat yg dikurniakan..

mslhnya skarang, org kita ni lebih suka mengikut tradisi turun temurun nenek moyang kita dari cuba nk mengamalkan sunnah yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w...sedangkan sahabat nabi yg paling hampir dgn beliau pn tidak menymbut kelahiran baginda begini..siapa la kita yg hanya manusia biasa memandai2 nk adakan benda yg tiada..dikhuatiri akn jatuh kpd bida'ah pula...nauzubillah...

adlh mudah bg kita utk tgk bagaimana di Mekah dan Madinah..2 Tanah Suci yang mana disitu lahirnya waris2 nabi junjungan kita..adakah sambutan maulidurrasul dilakukan di sana mcm kita lakukan disini?? xde kan..so simple..it means bende tu bkn amalan yang sepatutnya dilakukan..dari menyusahkan diri berjalan berarak dan berzikir sekuat hati di tgh panas matahari..adalah baik kita bykkan mengaji dan berzikir di dlm hati...dn lebih baik lagi dilakukan berterusan tanpa ada hari2 tertentu sempena mengingati sesuatu....yg tersembunyi itu kadangkala adalah lebih terkesan dan disukai Allah dan Rasul kita..bknkah itu yg kita nak..keredhaan dan kecintaan dr Allah yg Esa dan Rasul junjungan kita :) 

Jazaakallahu khairan kathira


Friday, June 1, 2012

solat di atas kenderaan

Assalamualaikum..

as promised in my previous n3..aku akn share info berkenaan solat bagi musafir dan di atas kenderaan..whenever we went for a holiday..jgn lupa kewajipan kita as a Muslim ok..sesungguhnya solat itu tiang agama...tidak kira di mana jua kita berada..solat tetap boleh dialakukan mengikut keadaan berpandukan dalil2 dan hadith2 yang sah...

ok..rsnya ramai dh tau pasal solat bagi musafir which is kita bole jamak (himpunkan) dan qasar (ringkaskan)..bila mana kita keluar dr rumah kita yang jaraknya melebihi 90KM utk bermusafir untuk tujuan yg baik sekalipun pergi bercuti bersama keluarga (bukankah itu tujuan yg baik dgn menggembirakan hati insan tersayang)..maka bolehla kita lakukan solat jamak dan qasar..mudah kan..tiada alasan utk kita tinggalkan solat..

so aku xnk ckp panjang pasal solat jamak dan qasar..aku dh explain pnjang lebar dlm entri ni..now pasal solat atas kenderaan..cthnya kapal terbang..since kita bkn pilot yg akn bw kapal terbang tu menuju destinasi kita, so bila masuk waktu solat dan perjalanan kita mengambil masa sgt panjang hinggakan walaupun kita ingin jamakkan solat kita masih xsempat utk dilakukan di darat, maka bolehla kita solat je atas flight...antara syarat sah solat adalah menghadap kiblat..sekiranya mmg btl2 tiada tpt utk bersolat di atas kapal terbang tu, bolehla solat di tpt duduk kita..and sebaik2 solat adalah dilakukan dgn berdiri..walaupn keadaan kita uzur dan xmampu nk solat berdiri, permulaan solat berdirilah dahulu..slpas mengangkat takbir barulah terus duduk dan solat lah secara duduk smpai habis..

ok back to atas flight tadi..kalau berdiri merbahaya kan..so duduk je la kt tpt kita..tp still kena usahakan utk menghadap kiblat..nowadays dh ade smartphone bole refer pd arah kiblat dr phone..kalau xde tanyala stewardess ke org ke n cuba cari panduan mana arah kiblat..andaikata mmg tiada langsung petunjuk arah kiblat, solat shja la dimana anda duduk menghadap ke depan..if arah kiblat dpt ditentukan dan kedudukan kiblat adlah dlm kawasan boleh berpaling..means tht samada berpaling ke kiri atau kanan sedikit (atau dlm lingkungan 90 darjah)..takbir pertama hendaklah diangkat dengan memalingkan dada ke arah kiblat..cth arah kiblat sebelah kanan kita so pusingkan dada ke arah kanan ke arah kiblat dan angkat takbir pertama..kemudian teruskan solat dengan duduk menghadap ke arah depan sehingga selesai solat..yg penting takbir pertama je menghadap kiblat..seterusnya xperlu lagi dah..utk ruku' tundukkan sedikit badan kita dan sujud tunduk lebih sedikit dr ruku'..

same goes to perform ur pray inside the bus or train or any kind of transport..tapi hendaklah di keadaan darurat yg mana tiada langsung ruang dan keadaan yg mengizinkan utk kita solat secara berdiri dan menghadap kiblat..solat di atas kenderaan xperlu diqada' kembali bila kita di darat..solat kt di atas kenderaan tu insyaAllah diterima Allah dan yakinlah yg solat kita diterima olehNya..so kenapa perlu nak qada' kan...meninggalkan solat hukumnya berdosa besar..tiada istilah solat hormat waktu ok..

perlu ke nk berwudhuk? ok kalau dlm kapal terbang ade toilet kan..amik la wudhuk kt toilet..jgn la amik wudhuk tu smpai abis basah lantai flight..hehe..memadailah meratakan air ke seluruh anggota wudhuk..boleh kan..ataupn before naik flight amik siap2 wudhuk..tp klu terbatal amik je la kt toilet..cuma hati2 la..if dlm kenderaan mmg xde lgsung sumber air dan debu utk tayamum so solat je la tnpa wudhuk..insyaAllah diterima dan sah..tp aku pnh baca ade pandangan mengatakan bw batu kecil dlm poket..so if xde sumber air or debu..bole gunakan batu tu as a medium to do tayamum..

so..hopefully explanation aku ni clear and korang paham..yg mn elok tu bole la dimanfaatkan :)

 ~us in Emirates flight heading to Dubai before proceed to Madinah..1st time solat atas flight..~


Friday, July 29, 2011

kepalsuan hadith fadhilat 30 malam solat sunat terawikh

Assalamualaikum..

sempena nk Ramadhan ni..byk pihak yg menyebarkan hadith2 berkenaan 30 malam solat sunat terawikh..cth mlm pertama ganjaran dia apa..malam kedua ganjaran dia apa..and so on..tahukah anda itu semua adalah hadith palsu..tiada sumber yg muktabar...tiada hadith sahih..ganjaran2 yg dinyatakan jgk agk tidak setimpal dgn ibadah yg dilakukan..terlampau2 disitu..mmg tidak dinafikan kelebihan solat sunat terawikh dan kedudukannya dalam sunnah..tapi jgn disebabkan penyebaran hadith2 palsu ni menyebabkan umat Islam melakukan amal ibadah dgn mengharapkan ganjaran yang tidak benar dan tidak akn dpt diperolehi..

cer tgk cth ni....fadhilat malam keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.. and ada plak hamba Allah yg nak pegi terawikh siap tgk dulu apa fadhilat utk mlm tu..kalau menarik barula sungguh2 nk pergi..Allahuakbar..jgn la mcm tu yek..sbb tu bahaya penyebaran hadith2 palsu ni...sebelum terima sebulat2nya..kaji dulu..tanya pada ustaz2 yg pakar dlm bab hadith..agr kita xtersesat sama...lakukanlah segala amal ibadat kita kerana Allah Taala..kerana mengharapkan keberkatan dan keredhaan dari-Nya...

solat yg paling elok selain solat fardhu dan rawatib adlh solat malam..pd yg belum mula amalkan qiamullail..jadikanla Ramadhan ni sbgai permulaan utk hijrah ke suatu yg lebih baik..amalkan solat malam kerana Allah Taala..jgn tunggu 10 mlm ramadhan terakhir je..smga segala amal ibadat kita diterima..


sesuatu ibadat yg baik tetapi dilakukan secara berlebih-lebihan sehingga mengadakan yang tiada..maksudnya sesuatu ibadat yg baru diwujudkan sedangkan nabi xpnh amalkan..ianya adlah bidaah..setiap bidaah adlh sesat...dan tempat utk mrka adlh neraka jahanam..dan mereka kekal didalamnya..Subhanallah..smga Allah menerima taubat hamba-Nya yg dulunya tersesat...hati2 ok..kadang mmg nmpk ibadat tu elok dan baik..tp kalau kita buat sesuatu ibadat itu bukan berlandaskan hadith yg sahih..dikhuatiri kita melakukan amalan bidaah..

berpegang teguhlah pada Al-Quran, Hadith dan Sunnah..insyaAllah kita xkan tersesat..bkn berpegang teguh pada ajaran nenek moyang kita yg kadangkala amalan tu bkn berlandaskan sumber rujukan utama..sbb tu kita dikurniakan akal utk berfikir dan mengkaji dgn lebih mendalam utk mendptkan ilmu yg bermanfaat..brulah cara hidup Islam kita adlh di landasan Islam yg sebenar..wallahualam..

p/s: Ahlan wa sahlan ya Ramadhan ..dan selamat berpuasa..

Tuesday, July 19, 2011

time for looooooooooong holiday...

Assalamualaikum..

alhamdulillah..xlama je lagi Ramadhan akn tiba..semoga kita semua dpt menyempurnakan ibadah puasa kita utk sepanjang Ramadhan tahun ni..insyaAllah..and secara x langsungnya..bermulala loooooong holiday for blogging..hehe..mcm thn2 sblm ni aku mmg akn minimize kan aktiviti blogging every time Ramadhan menjelma..bulan yg penuh barakah dan peluang utk kita merebut sebanyak mngkin pahala yg Allah sediakan utk hamba-Nya...kita pn xtau next yr sempat ke idak kita nk ketemu Ramadhan lagi kan..sbb apa istimewa sgt Ramadhan ni? slh satu sebab paling besar skali adlh di dalm bulan ni la dan hanya pada bulan ni shjala kita bole menunaikan rukun Islam yg ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan..so peluang utk menunaikannya hnya dtg sekali setahun..

masa utk kita kumpul harta akhirat pula..barula seimbang kehidupan kita sebagai seorang muslim yg beriman kpd Allah Taala..ingtan utk rakan2 blogger yg dirahmati Allah..berhati2 lah dlm penulisan anda ok..especially di dalm bulan puasa ni..jgn disebabkan penulisan kita menyumbang kpd berlakunya pertikaman lidah dan penyebaran fitnah di kalangan readers..lg elok lg klu penulisan kita tu dpt memberi manfaat kpd readers..insyaAllah kita jgk yg akn beroleh keberkatannya.. :)


ok la..tu je nk update utk hr ni..hr ni aku smpai opis awal giler..so xde org..line clear la nk bw sket n update sket2..insyaAllah lps raya nnti aku buat come back..hahaha poyo jek..xdela mksud aku comeback tu..aku nk beramah mesra dgn uols la..skang ni kan aku mcm ala2 sombong gitu..sunyi sepi jek..bw pn idok..update pn idok..hehe..and to all readers yg xjemu2 jenguk suziey.com..mekaseh byk2 yek..smga mndapat manfaat dr penulisan aku...dan di kesempatan ni aku nk minta maaf kepada semua yg membaca n3 ni..seikhlas hati ampun dan maaf dipinta andai ada kata2 aku dlm penulisan aku yg menyinggung mana2 pihak..ampun dan maaf jgk andai ade kesalahan yang tidak disengajakan samada secara alam maya atau secara live...

selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak :)

Tuesday, July 5, 2011

dh tempah tiket entrance ke Syurga?

Assalamualaikum..

Syurga itu mempunyai 100 tingkat dan 8 pintu..4 nama pintu ada dinyatakan di dalam al-Quran manakala 4 nama pintu lagi dirahsiakan dan hnya Allah yg mengetahuinya..di dalam solat mahupun di akhir solat, pasti diselitkan di dalam doa2 kita agar kita termasuk di dalam golongan org2 yg beriman dan ditempatkan di dalam syurga yg paling tinggi skali iaitu syurga Firdaus..iaitu syurga yg paling hampir sekali dgn Arasy Allah s.w.t..

semoga segala amalan yang kita lakukan di dunia ini akn diterima Allah s.w.t sbgai bekalan dan pemberat sewaktu pertimbangan amalan dilakukan pd hari perhitungan nnti..sesungguhnya Kiamat itu pasti..hari perhitungan itu pasti..syurga dan neraka itu juga pasti..sebelum malaikat Israfil meniupkan sangkakala, sama2lah kita mengharapkan agar taubat kita diterima Allah s.w.t…

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda tentang terompet malaikat Israfil: "Terompet itu adalah sebuah tanduk raksaksa yang terdiri dari cahaya. Besar tiap lingkaran dalam tanduk itu selebar langit dan bumi. Terompet itu akan ditiup tiga kali. Tiupan pertama membuat makhluk takut, tiupan kedua membuat makhluk mati, tiupan ketiga untuk membangkitkan makhluk dari kubur".

subhanallah..jgn berlengah2 utk mengumpul bekalan akhirat..segala yg di dunia pasti akn ditinggalkan saat Malaikat Izrail menjalankan tugasnya ke atas kita..kembalilah pd Allah yg satu..jgn menyekutukan Allah, ikuti segala syariat-Nya, tinggalkan segala amalan bidaah yang bole menjerumuskan kita ke dalam kekufuran..sesungguhnya tpt bagi org2 yg kufur adalah di neraka jahanam yg mana pintu2 nya dijaga rapi oleh para malaikat yg besar, ganas, kuat dan sgt patuh pd perintah Allah s.w.t..wallahualam..
p/s: smga kita sempat utk menyempurnakan puasa di bulan Ramadhan tahun ni..amin..

Friday, March 18, 2011

mlm Jumaat disunnahkan baca surah Al-Kahfi instead of Yassin..

Assalamualaikum..

just nk sharing info..aku rasa amalan masyarakat kita yg mmg dr dulu dh set mind..klu mlm Jumaat je baca Yassin kan..amalan yg disunnahkan adlh membaca Surah Al-Kahfi pd mlm Jumaat atau pd hari Jumaat..nk baca mlm Jumaat dan hari Jumaat pn digalakkan..ini lah yg dilakukan oleh Nabi junjungan kita Rasulullah s.a.w...setiap amalan Nabi kita mestilah diikuti..sbb dgn izin Allah, Nabi Muhammad s.a.w la yg akn memberi kita syafaat di akhirat nnti..satu2nya nabi yg diberi keistimewaan utk memberi syafaat kpd umatnya dgn izin Allah s.w.t....

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi) 

Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq." (Riwayat Al-Baihaqi) 

Hadis riwayat Ibnu Kathir dari Umar r.a., siapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkanNya antara dua Jumaat. 

Hadis riwayat Ibnu Kathir lagi daripada, Said Al-Khudri, Sesiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan (disinarkan) untuknya daripada cahaya antara dia dan Bait A-Atiq.

**Baitul 'Atiq = Baitullah = Ka'abah **

kalau nk baca terjemahan surah Al-Kahfi bole tgk kt sini..after baca Quran dan tafsirnya..kita akn jadi lebih menghayati sbb kita paham maksud dia...smga kehidupan kita semua diberkati dan diredhai Allah s.a.w..

Wednesday, December 15, 2010

puasa sunat hari Asyura

Assalamualaikum..

korang puasa x hari ni? hari ni 9 Muharram..disunatkan utk berpuasa sunat hari Asyura iaitu pd 10 Muharram..tp nape 9 Muharram pn nk puasa? sebabnya seperti Sabda Rasulullah s.a.w..kita disunatkan utk berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram)..dan untuk membezakan kita dgn Yahudi yg hanya berpuasa pd 10 Muharram shja..so disunatkan utk kita berpuasa sehari sebelum atau selepas..samada 9 Muharram & 10 Muharram atau 10 Muharram & 11 Muharram..

anyway..ada 3 kaedah sprti yg disarankan oleh ulama utk berpuasa sunat hari Asyura...

1. puasa pada 9, 10 & 11 Muharram
2. puasa pada 9 & 10 Muharram
3. puasa pada 10 Muharram sahaja

selain puasa di hari Asyura iaitu 10 Muharram, kita digalakkan utk bersedekah, usap kepala ank yatim, memuliakan fakir miskin, melapangkan masa belanja anak isteri , menahan marah, menjamu org berbuka puasa dan byk lagi.. :)

sharing is caring..semoga mendapat info berguna :)

Monday, November 15, 2010

puasa sunat hari Arafah

Assalamualaikum..

nothing much to say..just a short info..esok bersamaan 9 Zulhijjah..disunatkan utk berpuasa hari Arafah kecuali bagi jemaah haji..jemaah haji disunatkan utk tidak berpuasa pada hari tersebut..


Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)


11,12 & 13 Zulhijjah pula hari Tasyrik ok..diharamkan untuk berpuasa pada hari2 tersebut..

Selamat Menyambut Adiladha :)

p/s: mood nk cuti je ni..xde mood nk update...bw pn slow..ngeee..

Friday, May 7, 2010

specially dedicated to my love..ku ingin jadi bidadari itu dan kekal menjadi ratu..

Assalamualaikum..


hr ni nk sharing info yg sgt berkaitan dgn diriku dan jgk semua kaum wanita khususnya..ingtan utk diri sdiri..


Firman Allah SWT yang bermaksud :

”Dan ( di dalam syurga itu ) ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan.” ( Surah Al-Waqi’ah ayat 22 – 23 )


“Sesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) secara khusus, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya” ( Surah Al-Waqi’ah ayat 35 – 37)


“Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Mereka (bidadari) seumpama yaqut dan marjan.” ( Surah Ar-Rahman ayat 56 – 58 )


Rasulullah juga bersabda:

“Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari yang menjadi isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” ( Riwayat Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra )


ape perasaan korang bila baca firman Allah swt dan jg sabda Rasulullah saw di ats..perasaan aku? sgt2 pilu dan hiba..masyaAllah..kerdilnya diriku ini..dan jahatnya aku krna tergamak utk menyakiti hati suamiku sdiri..honestly aku bkn org yg sempurna..dan kebahagiaan di dlm rumahtangga adlh bila ianya diselangi sedikit perselisihan faham dan tergigit lidah ...bila berselisih faham aku bkn jenis yg akn memekik2 memaki hamun...tp aku lebih suka guna approach diam2 berisi..tp dlm hati terdetik (dh buat pun:D) nk sakitkan hati si suami..konon2 cara halus cenggitu mujarab ler..hehe..aku tdk sedar ianya hnya akn merugikan diri sdiri..jika di dunia kita merasa puas hati dan gembira bila berjaya menyakiti hati suami kita..tetapi hakikatnya..suami kita hanya la tamu utk kita didunia ini..sedangkan biadadari2 syurga sedang menanti dia disana..benar lelaki yg soleh adlh utk wanita yg soleh..disinilah peranan suami dan isteri utk sama2 memantapkan lagi iman dan berusaha utk menjadi suami soleh dan isteri solehah..jika kita berjaya menjadi isteri solehah utk suami yg soleh..maka ganjarannya..kita akn kekal sebagai ratu bidadari utk suami kita di alam sana..wallahualam...


smga aku akn sentiasa berubah utk menjadi yg lebih baik dari hari ini dan semalam..


best jgk lagu ni..



Bidadari, bidadari…temanilah resahku
Bidadari, bidadari…tenangkanlah jiwaku

Sumpah setia hidup mati
Selamanya…kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari, bidadari..jadilah pedampingku
Bidadari, bidadari…jadilah sang setia

Kerna cinta cinta suci, buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga
Kau umpama bintang utara, penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan…saat ku jatuh…bangun semula

Dan berikan sakti cintamu, penawar racun berbisa
Dan ikatan kita.. cinta abadi hanya di syurga.


sumber: sini ...ummuhusna ni adlh wife kpd pakar muamalat tu..ustaz zaharuddin :)


p/s: thanks to hubby sbb bg link in..

Thursday, May 6, 2010

hukum ASB harus tp xpatuh syariah

Assalamualaikum..


aku just nk share something..isu ni mmg dh lama..tp still ade gk yg xtau or x alert..as a muslim..aku rs aku patut la salurkan info yg betul..pasal asb..aku tau ramai yg ade account asb..in fact..aku pun ade..tp skang aku dh kuarkan sume simpanan aku (simpanan shj..bkn dividen dan bonus) n tunggu masa nk close account..nk g bgnn pnb tu yg leceh sket..tp mmg kena usahakan jgk..


ok..mmg btl majlis fatwa kebangsaan dh sahkan ASB adlh harus..tp tahukah anda..kaedah dan implementation ASB adlh tidak patuh syariah..bole refer pd Syariah Advisor SC...masa aku study master aku ade amik paper muamalat...and 1 of the issue discussed is about ASB..aku jadikan as my final project..so bila dh kena buat paper pasal ASB..harusla aku menggali sedalam2nya pasal ASB..since then aku trus xyakin pd ASB lagi..ye mmg btl ASB hukum dia harus sbb ASB adlh utk org2 melayu dan membantu menjana ekonomi org melayu..tetapi kaunter pelaburan ASB telah melebihi peratus kaunter halal..percampuran halal haram dlm pelaburan adlh dibenarkan tetapi msti mengikut nisbah yg tlh ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah..


sekiranya kt tlh mengetahui pelaburan yg kita lakukan itu adlh tidak patuh syariah atau dlm erti kata lain haram..adlh wajib bg kita utk immediately stop dr melabur dan keluar dr pelaburan tu..kita bole keluarkan duit simpanan asal kita (modal kita masa mula2 melabur)...sekiranya ade untung dr segi dividen dan bonus..duit tu hendakla disalurkan ke bdn2 kebajikan atau baitulmal..sbb duit tu dikira haram utk kita ambil..tetapi..sekiranya pelaburan kita tu rugi..means kita xdpt dividen atau bonus..n duit modal pokok pn xdpt cover..so kita bole tunggu kejap n melabur sehingga la modal kita tu tercover balik..then barula keluar dr pelaburan..


jgn amik remeh temeh hal2 yg berkaitan halal haram ni..especially pendapatan kita..keberkatan dan keredhaan Allah penting..klau duit byk berkepuk2 tp cara mendapatkannya adlh salh disisi Islam maka ianya jatuh haram..bila mkn hasil yg haram..hati pn jadi kotor..jiwa jadi kacau..tiada keberkatan dan keredhaan Allah dlm hidup..rs duit asyik xcukup..n mcm2 lagi la masalah..

mgkin ade yg xagree dgn pendapat n info2 yg aku bg ni..apepun terserah pd diri sdiri..tepuk dada tanya selera..hidup kita di dunia hanya semntara utk kita mencari bekalan dialam sana yg kekal abadi..


okla nnti aku sharing2 lagi info yg berkaitan muamalat ni ok:) mase study master mmg feveret subjek aku nih..


kalau nk lebih pemahaman bole refer sini..

p/s: now aku melabur dlm tabung haji shj..
p/s2: semoga aku akn kekal menjadi ratu buat suamiku di 'sana' nnti..sgt byk yg perlu aku lakukan utk perbaiki diri ini agr menjadi muslimah sejati..insyaAllah..ade story lain pasal "menjadi ratu bidadari syurga"

Wednesday, March 17, 2010

akibat jahil

Assalamualaikum...


n3 ni khas utk korang2 yg br lps mkn tu...yg mata dh layu semacam je kan..meh baca 1 kisah..disebalik kelucuan terselit iktibar..

Tiga orang pengembara mengembara ke sebuah daerah terpencil di benua Afrika. Dalam pengembaraan itu mereka telah ditangkap lalu dibawa ke tengah kawasan yang berserakan dengan tengkorak manusia.


“Kamu telah memasuki kawasan kami dan akan dihukum mati!!” tempik ketua puak dengan wajah gerun.


“Tolonglah kami...” Rayu ketiga-tiga pengembara sambil menangis.


“Baiklah..oleh kerana kamu merayu aku beri kamu satu peluang.” jerit ketua puak, ketiga pengembara berasa dingin kelegaan.


“Tetapi dengan satu syarat!” sekali lagi dia bersuara.


"Apakah syaratnya?Kami akan turuti.” Sahut mereka bertiga.


”Kamu diminta mendapatkan buah-buahan untukku. Bawakan kepadaku sebelum matahari tergelincir.” Suaranya garuk menjelaskan syaratnya.


Tanpa berlengah mereka meluru ke dalam hutan untuk melaksanakan tugasan. Setelah hampir tamat masa yang yang diberikan, seorang pengembara dengan girang menunjukkan beberapa biji buah manggis yang ditemuinya kepada rakannya yang hanya menjumpai beberapa butir buah ceri.
Kedua mereka segera menyerahkan buah yang mereka temui kepada ketua puak.


“Bagus...bagus!” Ucap ketua puak.


“Kamu telah berjaya melaksanakan tugasan pertama, sekarang buat tugasan kedua pula.”


”Hah !! ada tugasan lagi ?” jerit mereka serentak.


”Kamu diminta memasukkan buah itu ke dalam lubang hidung masing-masing. Kamu tidak dibenarkan menangis atau ketawa semasa memasukkannya.”


Alangkah kesalnya pengembara yang membawa buah manggis, tetapi apakan daya demi menyelamatkan diri sendiri, dia berusaha sekuat hati memasukkan buah manggis itu ke dalam lubang hidung, beberapa kali dia mencuba tetapi gagal ..kerana sakit dia menangis.


”Kamu akan dihukum mati kerana menangis !" jerit ketua puak tanpa belas kasihan.


Dia dicampak ke dalam sangkar kayu bagi menunggu saat hukuman dilaksanakan.
Di dalam sangkar dia menyalahkan diri sendiri kerana memilih buah manggis .


”Kenapalah aku cari manggis..alangkah baiknya kalau aku ambil buah ceri sahaja macam sahabat yang seorang tu..” Kesal di hati tak sudah –sudah.


Tiba-tiba pintu sangkar terbuka dan rakannya dihumban masuk.
”Eh... kenapa kamu kat sini, bukankah buah ceri tu kecil dan mudah untuk dimasukkan ke dalam lubang hidung kamu?”


”Memanglah mudah, tapi mana aku boleh tahan... sedang aku masukkan buah ceri dalam lubang hidung tup-tup datang kawan kita yang sorang lagi tengah dok heret buah nangka! Akupun tergelak besar..bayangkan bagaimana nak sumbat nangka tu dalam lubang hidung dia!”


Pokoknya, semua mereka keluar cari buah tapi tak tahu apa tujuannya....itulah padah bila tak tahu !


Moral:

1. Bila kita jahil, buat sesuatu yang baik pun jadi salah!
2. Sebab itu jahil adalah musuh agama, musuh Allah dan musuh dalam hidup ini.
3. Tuntutlah ilmu sampai bila-bila.
4. Tawadhuklah apabila berilmu


sumber dr blog ustaz ramli..best..xrugi baca..

Thursday, December 17, 2009

doa awal dan akhir tahun bida'ah..

Assalamualaikum..


skang ni mostly blog yg aku lawat menyebarkan doa awal tahun dan akhir tahun..so aku nk share info ni ngn korang.....petikan info dr blog ni...dan juga blog ni..



Doa awal dan akhir tahun timbul lagi. Ya setiap tahun ia muncul. Bid'ahkah ia?

Sahabat-sahabat sekalian, sudah banyak tulisan berkaitan hal ini. Sudah jelas dan terang.

Kenapa ia dikatakan bid'ah? Kerana manusia mencipta satu masa yang khusus untuk doa-doa tertentu.

Doa boleh dilakukan pada setiap masa. Dan ada waktu yang mana doa sangat diberatkan dan dinyatakan sebagai waktu doa mustajab. Antaranya ialah doa ketika sujud, doa ketika sepertiga malam, doa ketika hujan turun, doa ketika musafir dan lain-lain. Kenapa kita menyatakan dan menyebarkan kepada masyarakat bahawa pada saat-saat itu sunnah berdoa, doa mustajab? Kerana ada dalilnya. ada petunjuk wahyu menyatakan sedemikian.



Lalu di mana dalilnya doa akhir dan awal tahun sebagaimana adanya dalil tentang doa ketika sujud? Di mana dalilnya doa akhir dan awal tahun sebagaimana wujudnya dalil tentang doa selepas wudhu'?

Doa itu sunnah, umum pada setiap waktu, tetapi apabila kita meletakkan satu spesifik waktu dengan kata-kata "sunat berdoa awal dan akhir tahun" itu adalah satu bentuk pengkhususan, spesifik waktu yang mana hanya pembuat Syariat iaitu Allah SWT sahaja yang berhak menspesifikkan sesuatu ibadah.

Masyarakat umumnya memang tahu doa itu sunnah, tetapi masalah sekarang masyarakat juga dihebahkan dengan 'sunnah spesifik' doa awal dan akhir tahun.

Menyatakan bahawa doa awal dan akhir tahun sebagai bid'ah bukanlah bermaksud kita membenci doa. Kita membenci bid'ah. Kita menyuruh manusia berdoa setiap masa, apatah lagi pada waktu-waktu yang dijelaskan secara spesifik kelebihannya, akan tetapi untuk menyatakan ada nya doa yang khusus buat waktu tertentu, kelebihan untuk doa pada waktu tertentu, ia memerlukan dalil. Kita bukanlah Tuhan si pembuat syariat. Kita adalah makhluk kepada al-Kholiq.

Kenapakah kita cuba mengambil tugas Allah al-Kholiq? Apakah kita cuba menempatkan diri kita di posisi Allah SWT. Doa adalah satu bentuk perhambaan kita kepada Allah, perhambaan apakah ini apabila ia dilakukan dengan cara yang cuba meletakkan kita di tempat al-Kholiq, sedangkan ia sesuatu yang mustahil.

Kita sebagai makhluk menghambakan diri kita kepada Al-Kholiq dengan cara yang dikehendaki Maha Pencipta, bukan dengan cara yang kita reka-reka mengikut kepala akal dan nafsu.

Jangan nanti muncul lagi si pembuat syariat yang menyatakan ada doa khusus ketika 'on' dan 'off' laptop, bahkan dengan fadhilat-fadhilat tertentu.

Berhati-hatilah kita supaya tidak mengkhianati Rasulullah SAW yang telah menjadi Rasul terakhir. Apakah kita cuba menjadi Rasul selepas kewafatan baginda SAW?



petikan dr sini...


Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.

Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.

Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun daripada nas-nas syarak.
Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?”. Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.
Oleh itu, janganlah dipandang mudah terhadap perkara-perkara kecil yang menyalahi syariat, apatah lagi termasuk dalam bidaah. Dan yakinilah bahawa setiap amalan ibadah yang dilakukan, sedangkan ia bukan daripada agama, maka amalan itu ditolak oleh syarak. Wallahu A’lam.



p/s: smg kita menjadi hambaNya yg sntiasa di landasan yg betul...hidup berpandukan al-Quran & Sunnah... amin..



Wednesday, December 16, 2009

bila isteri berleter

Assalamualaikum..


selamat pagi cinta..cewah:p hmm eager sgt nk share info ni ngn korang sume..especially utk married couple..xkira la baru kawen atau dh lama..dan ianya jgk utk ingtn aku...hope dpt manfaat dr kisah ni..


Kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya yg kuat berleter.


Setibanya lelaki itu di rumah Umar bin Khattab..dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar. Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.


Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?"


Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"


Umar berkata kepadanya:



"Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.


"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.


"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."


Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku." Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja
..



Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."


baca dr blog ni.



p/s: sesungguhnya suami dan isteri mmg dijadikan utk lengkap melengkapi diantara kekurangan yg Allah ciptakan..terima dan redha seadanya..
p/s2: smga kita dpt berhijrah menjadi yg lebih baik..

Thursday, December 10, 2009

2012 & kiamat

Assalamualaikum..





actually aku baru abis tgk cite ni last week..hehe..agk ketinggalan ketapi..maklum ler..aku kan student yg bz:p masa cite ni tgh hot..byk gk aku rec emel pasl nk ramalan hari kiamat akn berlaku..mcm2 deme ni dok predict..siap ade calculation..mmg nmpk logiknya..tp..bahaya ni..klu yg xtau akn mdh je accept n yakin ramalan tu betul..astaghfirullah..smga Allah memberi petunjuk dan hidayah..aku xsure korang ade dpt ke x..tp aku mmg xde intention pn nk fwd sbb aku xnk sebarkan something yg blh memesongkan akidah kita as a Muslim..



pd pendpt aku yg xseberapa ni..NOBODY as long as u r human (trmasuk jgk Nabi dan Malaikat) can predict when is the kiamat..ianya adlh rahsia Allah s.w.t..hanya Dia yg tau bila akn terjadinya Kiamat..wajib utk kita mempercayai dan meyakini akn terjadinya hari kiamat..tp secara halus dan tanpa kita sedari kta tlh melakukan kesilapan yg sedkt sbyk blh menggugat keimanan kita bl kita mula mempercayai ramalan sekian2 tahun,sekian2 hari dan sekian2 jam akn berlakunya kiamat..sedgkan Nabi kita Rasulullah s.a.w yg diutuskan Allah s.wt yg merupakan utusan Allah yg sempurna pn tdk tau bila kiamat akn berlaku..inikan pula kita manusia biasa yg sgt byk kekurangannya..mana mungkin kebijaksanaan kita bole mengatasi kebijaksanaan Rasulullah s.a.w..



Firman Allah, " Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat." (Luqman: 34)


kt hanya blh mengetahui kiamat smkin menghampiri bila dikeluarkan tanda2 kiamat sprti yg terkandung dlm al-Quran..antara tanda2 besar yg mmg meyakinkan kita kiamat semakin hampir adalh keluarnya Dajjal, munculnya Ya'juj dan Ma'juj dan terbitnya matahari dari Barat..dan bila sj terbitnya matahari dr Barat..maka tertutupla pintu taubat..masyaAllah..smga kita semua sempat bertaubat sblm pntu taubat ditutup rapat..



even skang ni pn dh ada tnda2 kecil kiamat.klu kita baca kitab2 yg menerangkan berkenaan kiamat, kebanyakkan tanda tlh pn terjadi..antaranya..perbalahan sesama saudara muslim..terjadinya fitnah besar antara 2 kelompok org beriman, terangkatnya ilmu (makin byk org bodoh dr org berilmu), merebaknya penzinaan dan pembunuhan, byknya bilangan wanita dan paling ketara..terjadinya gempa dlm jmlh yg besar (kalu tgk skng sana sini gempa bumi melanda) dan ianya xkan berhenti dari bergegar sehingga ke hari kiamat...xsedar lagikah kita?? pintu taubat masih terbuka seluas2nya...rebutla peluang yg ada ni..ingtn utk diriku jgk..



sabda Rasulullah s.a.w. " Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda:

Asap2 yg memenuhi timur dan barat selama 40 hari
Dajjal
Binatang melata di bumi..bila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi org yg beriman, maka akn tertulislah di dahi org itu "ini adalah orang yg beriman"..begitulah sebaliknya..
Terbitnya matahari sebelah Barat
Turunnya Nabi Isa a.s utk membunuh Dajjal dan akan menjalankan syariat Nabi Muhammad s.a.w
Keluarnya Ya'juj dan Ma'juj
Gerhana di Timur
Gerhana di Barat
Gerhana di jazirah Arab
Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke ttempat pengiringan mereka


coretan ni hnya utk renungan dan ingatan kita bersama..selain kita blogging utk keseronokkan duniawi..jgn kita lalai dan leka bekalan utk kita di sana kelak..



yg baiknya dtg dr Allah..dan yg kurang itu adlh diri aku sdiri..



sumber: bacaan dr sini dan sebahagian darinya menjadi topik perbincangan dlm kelas M.E :)



Wallahua'lam..



p/s: ina..selain blog ni dan blog ni..blog ni dan blog ni pn byk manfaatnya..
p/s2: cite 2012 ni hanyala big disaster..even daratan sume hancur but still can survive in the air..ada adaptation kisah zmn nabi Nuh a.s..ok la utk hiburan..
p/s3: gambaran kiamat tu xtercapai dek akal nak menggambarkan kemusnahan dan kehancurannya..hanya Allah s.w.t shj yg maha mengetahui..






Related Posts with Thumbnails
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio