Showing posts with label Travelog Haji. Show all posts
Showing posts with label Travelog Haji. Show all posts

Monday, May 20, 2013

ala-ala comeback !

Assalamualaikum..

fuhhhhh lamanyaaaaaaaa xupdate blog..ni pun tetiba rasa nk buat coretan simple..tu pn sbb baru renew domain suziey.com.. ekeke:D

well..tunggu 1 sweet day aku akn buat comeback btl2..now tgh bergelut dgn masa dan masalah di opis..mcm2 kejadian..suka dan duka..apepun tu semua hikmah Allah..terima dgn redha..

 

alhamdulillah..kursus haji berjalan dgn lancar..xsedar dh masuk minggu ke-16..minggu praktikal..insyaAllah ada kelapangan aku akn completekan travelog haji aku utk dijadikan panduan kpd bakal2 jemaah haji & umrah termasuk utk ingatan diri sendiri..insyaAllah perkongsian ilmu yg bermanfaat menjadi bekalan kita di sana kelak..amin :)



Thursday, March 7, 2013

Rukun Haji - Niat Ihram & Wukuf

Assalamualaikum..

Rukun 1 - NIAT IHRAM

# rukun haji yg pertama adalah Niat Ihram dan wajib haji adalah dilakukan di Miqat. sunat berniat ihram menghadap kiblat dan dlm keadaan berwudhuk. 
# once dh lafazkan niat ihram haji, sunat memperbanyakkan talbiah dan berzikir.
# bg lelaki, semasa berada dlm ihram disunatkan beridtiba' (menampakkan bahu kanan) hanya semasa melakukan tawaf dan saie. makruh beridtiba' ketika solat ok..
# bg lelaki lagi, smsa dlm ihram wajib menampakkan 5 jari kaki dan tumit kaki..xblh tertutup salah satu darinya kerana ia blh menyebabkan haji tidak sah.

Rukun 2 - WUKUF

# secara maknanyna, berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun bermula dari gelincir matahari (masuk Zuhur) 9 Zulhijjah hingga seketika sebelum terbit fajar (masuk Subuh) 10 Zulhijjah.
# mesti berpijak di bumi Arafah - xboleh di atas helikopter / atas pokok.
# waktu wukuf - Zuhur 9 Zulhijjah hingga Subuh 10 Zulhijjah.
# waktu afdhal wukuf adlh sedikit siang 9 Zulhijjah dan sedikit malam 10 Zulhijjah
# jemaah Malaysia berwukuf dari Zuhur (12pm) 9 Zulhijjah hingga Maghrib (7pm) 10 Zulhijjah. so dptlah waktu afdhal wukuf.
# semasa wukuf di Arafah, doa adalah makbul, so perbanyakkanlah berdoa dan buat ibadat sunat semasa wukuf..waktu paling afdhal berdoa adalah sebelum terbenam matahari (maghrib)
# bila masuk waktu wukuf akn ada khutbah pertama diikuti khutbah kedua. sunnah khutbah di Arafah adlh khutbah kedua dilakukan serentak dgn azan oleh bilal..ngam2 abis je azan, khutbah pn selesai..
# utk mereka yg tidak menunaikan haji, digalakkan berpuasa sunat hari Arafah..ganjaran nya sama seperti org yg menunaikan haji yakni org yg sedang berwukuf di Arafah..subhanallah..Allah Maha Adil..disediakan alternatif utk hambaNya yg xberpeluang berada di bumi Arafah utk berwukuf.


Sunday, March 3, 2013

cara2 mengerjakan haji

Assalamualaikum..

xabis lagi update siri 4..hehe..ok pasal jenis2 haji. basically ada 3 cara mengerjakan haji..

1. Tamattuk - kerjakan umrah dahulu dlm bulan haji then kerjakan haji pd tahun yg sama.
2. Ifrad (Paling Afdhal) - kerjakan haji dahulu then buat umrah slps selesai haji.
3. Qiran - niat haji dan umrah serentak, kerjakan rukun & wajib haji and umrah dikira selesai slps laksanakan haji.

cara mengerjakan haji ni depends on flight jemaah. if flight awal dicadangkan buat haji Tamattuk whereby kerjakan umrah dulu..tapi kalau xnak blh je pilih Ifrad/Qiran..tapi kan lebih baik guna peluang masa yg ada utk buat umrah.

blh switch niat if happen cth: dh niat umrah (cara haji Tamattuk), tapi xsempat nk buat tawaf umrah lagi then period/uzur, and dh nk masuk hari wukuf (means utk buat haji), so blhla switch ke niat utk buat haji Qiran (umrah & haji serentak).

tapi..xblh switch niat if happen dh niat umrah and dh mula buat tawaf beberapa pusingan (belum lengkap 7 pusingan), then period/uzur yg menyebabkan xblh nk lengkapkan tawaf tersebut..so kena tunggu suci utk lengkapkan tawaf tersebut..jika hari wukuf dh smpai dan masih dlm keadaan xsuci dan tawaf xlengkap, so kena redha lah sbb terpilih sbgai jemaah yg tidak dpt mengerjakan haji pada tahun tersebut..sbb wukuf ada waktu2 dia..once terlepas dan kt xdpt laksanakan, thats it..tertinggallah 1 rukun haji --> haji tidak sah..so doalah byk2 agar dipermudahkan segala urusan..


Thursday, February 28, 2013

Travelog Haji - kursus siri 4

Assalamualaikum..

hmm..Travelog Haji..self explained what this is about..bagi aku perjalanan dan pengembaraan yg jauh iaitu utk menunaikan rukun Islam yang ke5 ini bermula dari persiapan kita di tanah air..langkah yg paling2 awal slps kita mendaftar haji adlh attend kursus haji..xkira la tahun bila kita akn dijemput utk menjadi tetamu Allah utk membuat haji..just get prepared..nothing to loss anyway :)

alhamdulillah..selesai siri 4 dah kursus haji..tp bg kami ni 1st kursus attended.. even so, syukur sbb xbyk sgt ketinggalan..baru masuk bab rukun haji..ilmu dan pengalaman yg diperolehi masa umrah dulu sgt byk membantu..memudahkan lagi pemahaman..

purposely aku nk story in detail jgk everything about haji even tho ade few things yg sama mcm ape aku explain dlm Diari Umrah aku..sesambil bg ilmu sesambil refresh balik ilmu yg ade dlm kepala ni..selain tu memudahkan korang jgk kan..xyah nk click sana sini utk dptkan info..smga kita sama2 dpt manfaat darinya :)

so..basically, rukun haji lebih kurang mcm rukun umrah jek..they are:

1. Niat ihram haji
2. Wukuf di Arafah
3. Tawaf
4. Sai'e
5. Bergunting / Bercukur
6. Tertib

kesemua 6 rukun haji ni WAJIB dilakukan..xboleh tertinggal satu pn..klu ade slh satu yg tertinggal maka TIDAK SAH la haji..dan impaknya sgt besar kalau kita lalai dan tertinggal slh satunya..sbb jika tertinggal 1 rukun, kita sbnrnya blm melengkapkan Haji kita dan kita sbnrnya masih di dalam Ihram Haji..selagi kita di dlm ihram, kita kena patuh pada larangan2nya..yg paling berat skali adlh bersetubuh..bygkan hasil dr persetubuhan tersebut yg mana dilakukan di dlm ihram..ianya adalah berdosa dan bgaimana sekiranya terhasil anak? so kena jg btl2 dan make sure kesemuanya dibuat dgn sempurna demi mendapatkan haji yg mabrur dan selamat dr perkara2 yg tdk diingini..insyaAllah..

Wajib haji pula pelengkap kepada ape yg perlu kita lakukan dlm workflow perjalanan haji..

1. Niat di Miqat
2. Larangan ihram
3. Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
4. Melontar Jamrah Qubra pada 10 Zuhijjah
5. Bermalam (Mabit) di Mina 11,12,13 Zulhijjah
6. Melontar ketiga2 Jamrah pada 11,12,13 Zulhijjah

unlike Rukun Haji, Wajib haji ni kalau tertinggal salah satu Haji tetap SAH tetapi berdosa dan dikehendaki membayar dam (denda)..cth ek..rukun haji adlah niat..asalkan kita niat ihram haji, kita dh berada dlm ihram utk menunaikan haji..tetapi wajib haji pula niat ihram tadi msti lah di Miqat..sekiranya tidak berniat di Miqat, maka berdosa dan dikenakan dam..namun Haji masih sah..walaupn begitu utk mendapatkan haji yg mabrur, ensure la rukun dan wajib haji kita sempurna dilakukan..insyaAllah..

overall, workflow perjalanan haji adalah combination of Rukun Haji & Wajib Haji:

1. Niat ihram haji di Miqat
2. Jaga larangan ihram
3. Wukuf di Arafah (Haji adalah Wukuf di Arafah dan Wukuf di Arafah adalah Haji)
4. Bermalam (mabit) di Muzdalifah - slps tgh mlm bergerak ke Mina utk melontar Jamrah dan bermalam di Mina.
5. Melontar Jamrah Qubra pd 10 Zulhijjah
6. Tahalul awal (bergunting/bercukur)
7. Bermalam di Mina 11,12,13 Zulhijjah
8. Melontar ketiga2 Jamrah pd 11,12,13 Zulhijjah
9. Tawaf Haji
10. Sai'e
11. Tahalul - melepaskan diri dari Ihram Haji
12. Tertib

to be continued :)



Related Posts with Thumbnails
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio