Showing posts with label sudut agama. Show all posts
Showing posts with label sudut agama. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

maulud nabi

Assalamualaikum..

semua org tau esok Maulud Nabi kan..iaitu hari kelahiran Nabi junjungan kita..jgn hnya ingt esok sbb cuti jek..hehe..anyway..aku just nk share serba sedikit la ilmu yg aku ada ni..walaupn xbyk at least better than nothing omputih kata..ecewah:p

perlu ke sambutan maulidurasul dgn perarakan perbarisan disulami zikrullah? ye berzikir itu amalan yg sgt dituntut sbgai lagu pembasah lidah..spya kita sntiasa mengingati Nabi junjungan kita dan menambahkan kasih kita kepada Baginda..jg sbgai tanda syukur kita kpd Allah di atas sgla rezeki dan nikmat yg dikurniakan..

mslhnya skarang, org kita ni lebih suka mengikut tradisi turun temurun nenek moyang kita dari cuba nk mengamalkan sunnah yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w...sedangkan sahabat nabi yg paling hampir dgn beliau pn tidak menymbut kelahiran baginda begini..siapa la kita yg hanya manusia biasa memandai2 nk adakan benda yg tiada..dikhuatiri akn jatuh kpd bida'ah pula...nauzubillah...

adlh mudah bg kita utk tgk bagaimana di Mekah dan Madinah..2 Tanah Suci yang mana disitu lahirnya waris2 nabi junjungan kita..adakah sambutan maulidurrasul dilakukan di sana mcm kita lakukan disini?? xde kan..so simple..it means bende tu bkn amalan yang sepatutnya dilakukan..dari menyusahkan diri berjalan berarak dan berzikir sekuat hati di tgh panas matahari..adalah baik kita bykkan mengaji dan berzikir di dlm hati...dn lebih baik lagi dilakukan berterusan tanpa ada hari2 tertentu sempena mengingati sesuatu....yg tersembunyi itu kadangkala adalah lebih terkesan dan disukai Allah dan Rasul kita..bknkah itu yg kita nak..keredhaan dan kecintaan dr Allah yg Esa dan Rasul junjungan kita :) 

Jazaakallahu khairan kathira


Friday, June 1, 2012

solat di atas kenderaan

Assalamualaikum..

as promised in my previous n3..aku akn share info berkenaan solat bagi musafir dan di atas kenderaan..whenever we went for a holiday..jgn lupa kewajipan kita as a Muslim ok..sesungguhnya solat itu tiang agama...tidak kira di mana jua kita berada..solat tetap boleh dialakukan mengikut keadaan berpandukan dalil2 dan hadith2 yang sah...

ok..rsnya ramai dh tau pasal solat bagi musafir which is kita bole jamak (himpunkan) dan qasar (ringkaskan)..bila mana kita keluar dr rumah kita yang jaraknya melebihi 90KM utk bermusafir untuk tujuan yg baik sekalipun pergi bercuti bersama keluarga (bukankah itu tujuan yg baik dgn menggembirakan hati insan tersayang)..maka bolehla kita lakukan solat jamak dan qasar..mudah kan..tiada alasan utk kita tinggalkan solat..

so aku xnk ckp panjang pasal solat jamak dan qasar..aku dh explain pnjang lebar dlm entri ni..now pasal solat atas kenderaan..cthnya kapal terbang..since kita bkn pilot yg akn bw kapal terbang tu menuju destinasi kita, so bila masuk waktu solat dan perjalanan kita mengambil masa sgt panjang hinggakan walaupun kita ingin jamakkan solat kita masih xsempat utk dilakukan di darat, maka bolehla kita solat je atas flight...antara syarat sah solat adalah menghadap kiblat..sekiranya mmg btl2 tiada tpt utk bersolat di atas kapal terbang tu, bolehla solat di tpt duduk kita..and sebaik2 solat adalah dilakukan dgn berdiri..walaupn keadaan kita uzur dan xmampu nk solat berdiri, permulaan solat berdirilah dahulu..slpas mengangkat takbir barulah terus duduk dan solat lah secara duduk smpai habis..

ok back to atas flight tadi..kalau berdiri merbahaya kan..so duduk je la kt tpt kita..tp still kena usahakan utk menghadap kiblat..nowadays dh ade smartphone bole refer pd arah kiblat dr phone..kalau xde tanyala stewardess ke org ke n cuba cari panduan mana arah kiblat..andaikata mmg tiada langsung petunjuk arah kiblat, solat shja la dimana anda duduk menghadap ke depan..if arah kiblat dpt ditentukan dan kedudukan kiblat adlah dlm kawasan boleh berpaling..means tht samada berpaling ke kiri atau kanan sedikit (atau dlm lingkungan 90 darjah)..takbir pertama hendaklah diangkat dengan memalingkan dada ke arah kiblat..cth arah kiblat sebelah kanan kita so pusingkan dada ke arah kanan ke arah kiblat dan angkat takbir pertama..kemudian teruskan solat dengan duduk menghadap ke arah depan sehingga selesai solat..yg penting takbir pertama je menghadap kiblat..seterusnya xperlu lagi dah..utk ruku' tundukkan sedikit badan kita dan sujud tunduk lebih sedikit dr ruku'..

same goes to perform ur pray inside the bus or train or any kind of transport..tapi hendaklah di keadaan darurat yg mana tiada langsung ruang dan keadaan yg mengizinkan utk kita solat secara berdiri dan menghadap kiblat..solat di atas kenderaan xperlu diqada' kembali bila kita di darat..solat kt di atas kenderaan tu insyaAllah diterima Allah dan yakinlah yg solat kita diterima olehNya..so kenapa perlu nak qada' kan...meninggalkan solat hukumnya berdosa besar..tiada istilah solat hormat waktu ok..

perlu ke nk berwudhuk? ok kalau dlm kapal terbang ade toilet kan..amik la wudhuk kt toilet..jgn la amik wudhuk tu smpai abis basah lantai flight..hehe..memadailah meratakan air ke seluruh anggota wudhuk..boleh kan..ataupn before naik flight amik siap2 wudhuk..tp klu terbatal amik je la kt toilet..cuma hati2 la..if dlm kenderaan mmg xde lgsung sumber air dan debu utk tayamum so solat je la tnpa wudhuk..insyaAllah diterima dan sah..tp aku pnh baca ade pandangan mengatakan bw batu kecil dlm poket..so if xde sumber air or debu..bole gunakan batu tu as a medium to do tayamum..

so..hopefully explanation aku ni clear and korang paham..yg mn elok tu bole la dimanfaatkan :)

 ~us in Emirates flight heading to Dubai before proceed to Madinah..1st time solat atas flight..~


Friday, February 24, 2012

solat jamak qasar utk musafir

Assalamualaikum..

alhamdulillah..permulaan penghulu hari yg tenang..syukur atas nikmat Allah..hr ni rs nk sharing pasal solat jamak dan qasar bg musafir..since readers mai sini utk dptkan info berkenaan places-to-go and holiday...so its closely related to the said topic especially for muslim..

kita dikurniakan Allah dgn rezeki yg lebih hinggakan mampu utk pergi bercuti di tpt2 yg jauh..so jgn la kita jadi hambaNya yg lupa akn nikmat rezeki yg tlh Dia kurniakan..jgn jadi kacang lupakan kulit ok..sbgai tnda bersyukur dgn kurniaanNya, sedang kita bergembira jaga jgk solat wajib kita...hatta di atas kenderaan sekalipun..

ok basicnya adlh kita telah pn dikira musafir jika kita pergi meninggalkan tpt kediaman kita yg jaraknya sejauh 90km atau 2 marhalah..jamak ni kita himpunkan 2 solat dlm 1 waktu samada jamak ta'dim (cth: zohor+asar dilakukan dlm waktu zohor) atau jamak ta'khir (cth: zohor + asar dilakukan dlm waktu asar)..and kita bole buat pakej skali ngn qasar..qasar ni diringkaskan 4 rakaat dijadikan 2 rakaat..so clearly hnya utk solat yg 4 rakaat shja..klaau buat maghrib+isyak, bole dihimpunkan dlm 1waktu tp hnya slat isyak bole diqasarkan menjadi 2 rakaat..maghrib remains 3 rakaat..

ok..for info selain kita bermusafir, jamak solat jg bole digunakan dlm waktu darurat..wlaupn kita bukan bermusafir..btl2 darurat ok..bkn sbb malas or saje nk buat jamak..sbgai cth..kita nk balik rumah frm opis..kita keluar ofis mcm biasa pukul 12tghari..means blm masuk zohor kan..and then dlm perjalanan tu tetiba ade satu eksiden yg menyebabkan jem yg luar biasa teruk..and kita plak stuck dlm kereta xbole nk bergerak..konon2 kiri kanan jln tu xde surau and cuma pokok2 jek..then jam plak dh menunjukkan kol 4..satgi nk masuk asar dah...zohor xsolat lagi..so time ni bole la dijamakkan solat zohor kita tu ke dalam waktu asar (jamak ta'khir)..

ok ni pasal solat atas kenderaan plak..so far 2 kali je aku pnh buat solat atas kenderaan..masa pegi Umrah dulu..perjalanan yg panjang mmg menyebabkan kita kena buat solat atas flight plus kita bermusafir so bole la buat jamak qasar..solat atas kenderaan SAH ok..insyaAllah Allah terima solat kita tu..xperlu nk cari arah kiblat..just duduk tegak kt seat kita tu and solat mcm cara duduk..sbb flight tu bkn kawalan kita utk berhenti utk solat kan..so smayang je mcm biasa tnpa perlu memikirkan mana arah kiblat..sbb ape duduk kt seat..klu berdiri bahaya plak kan sbb kenderaan sedang bergerak..so buatlah yg mana memudahkan..Islam itu mudah..jgn jadikan alasan utk tidak solat..solat tu wajib..sbb tu byk cara yg memudahkan agar kita tiada alasan utk meninggalkan kewajipan kita..

solat atas kenderaan ni terpakai utk semua jenis kenderaan ok..and this coming holiday..pn aku akn buat bende yg sama whereby flight aku kol 8.45am..by 7.45am i hv to be at the airport..perjalanan naik bas dr kl sentral to airport about 1 hr..so means that aku kena naik bas ikt schedule skybas kol 6.30am..subuh masuk lebih kurang 6.10am..klu nk solat kt kl sentral tkt xsempat nk catch up bus 6.30am..and klu missed bus 6.30am tu next bus kol 7am and expected to reach airport 8.15am (office hour kan msti jem nk kuar dr KL)..and klu kol 8.15 smpai airport mmg missed flight la kan..so penyelesaiannya..solat atas bas...consider as darurat la..ni first time jadi camni sbb preniously slalu flight aku kol 9.30am-10am..

so to all readers yg so called happen will/have the same experience..jgn tinggalkan solat ok..peliharalah solat kita..

ok 1 of the hadith yg membolehkan kita solat atas kenderaan:

diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar r.a. Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi SAW : Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu ? Nabi SAW menjawab: Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam.

bila bermusafir Nabi jg pernah solat di atas kenderaan..jika kita ikut segala ape yg Nabi lakukan, kita dpt pahala mengamalkan sunnah nabi..jgn hnya melaungkan kita syg nabi..tapi sertai skali dgn mengamalkan sunnah2 Nabi..

ok tu je nk share..hope dpt manfaat dr ape yg aku kongsikan ni..

Friday, December 16, 2011

hukum pelaburan emas di bank

Assalamualaikum..

- On Thu, 15/12/11, Xxx <xxx.my> wrote:

From: Xxx <xxx>
Subject: ASSALAMUALAIKUM. PERTANYAAN!~
To: suzieycomei@yahoo.com
Date: Thursday, 15 December, 2011, 3:42 AM
Assalamualaikum,..

Disini saya nak mengajukan soklan yang berbunyik, la ni tengah hebat digambar gemburkan mengenai pelaburan emas dalam bentuk jongkong seperti Public Gold dan berbagai bagai. Setakat hari ini, harga emas jatuh merudum teruk daripada bulan lepas. Pelaburan Public Gold ni HALAL ke HARAM?

Nak tanya pasal Maybank Gold Investment. Adakah ia HALAL atau HARAM?

Lepas tu saya juga ingin memohon nasihat dari segi pelaburan. Pelaburan apakah yang setakat pengetahuan puan yang TOTALLY SYARIAH COMPLIANT and HALAL.

Saya nak withdraw dari ASB selepas meneliti berberapa fakta. Dan kemungkinan juga Public Mutual kerana dikhuatiri haram.

Mohon pencerahan. 

Wassalam.


****************************************


lately aku byk terima email dr silent readers yg bertanyakan mengenai hukum investment..no matter gold investment atau pn saham (ASB)..so aku rs nk share la info2 yg berguna utk manfaat readers suziey.com :)

ok menjawab berkenaan public gold investment tu..secara asasnya adlh the rules of thumb of islamic gold sales and purchase..pertama msti ade emas fizikal, kedua tiada jual beli tangguh yg mana transaksi dh berlaku tapi tiada pemilikan emas fizikal..klu 2 bende ni dipatuhi makanya halal lah hukumnya..bcoz pelaburan emas bkn mcm pelaburan saham..yg mana kita kena tgk kaunter pelaburan yg terlibat..pelaburan emas adlh berdasarkan nilai emas dan bagaimana kaedah pelaburan itu sdiri....tapi awas..jgn smpai terlibat dlm gold speculation..sebarang aktiviti yg ade speculation adlaah haram...klau nk refresh balik berkenaan jual beli emas dlm islam bole baca balik n3 aku yg lepas..

even kt buat pelaburan kt bank pn, hukum jual beli emas dlm Islam terpakai jgk..normally kalau kita buat pelaburan emas di bank, bank akn soh kita buka buku akaun kan..ok buku akaun trsebut sbgai bukti pembelian emas tersebut..TAPI kita kena pastikan yg emas yg ktia beli tu mmg wujud di bank (specifically Cawangan bank yg kita pergi tu)..sekiranya emas fizikal mmg xwujud di cawangan bank tersebut, maka transaction ini adlh tidak patuh syariah..dan ianya adlh haram..

ok ni result yg aku dpt berdasarkan research aku di bank rimau, sotong dan KFH..aku digging deeply camne method utk gold investment tu..both bank rimau and sotong are NOT SYARIAH COMPLIANCE.(hopefully one day both banks akn patuh syariah compliance)...method dia mcm buka akaun saving je..just masukkan duit n buka akaun utk gold investment..nnti kita akn dpt buku akaun..just like saving account..there is no physical gold..kalau kita nk tutup account n amik balik gold kita in a phisycal form, there is a restriction whereby simpanan gold kita tu melebihi certain number of gram (i.e: 100 gram) baru boleh tukar ke phisycal gold..else just transaction menggunakan nilai emas tapi in a form of RM..so korang nmpk x kt sini dh xbetul..simple jek..korang beli emas tapi emas fizikal xwujud..just ade bukti pembelian jek..tp brg xdek..but then bila korang nk tukar balik RM kpd gold yg korang beli tu msti ade syarat iaitu melebihi gram yg ditetapkan baru bole dpt fizikal gold..so pelaburan apekah ini?? Obviously ni bkn jual beli emas dlm Islam...transaksi beli dan terima emas tidak berlaku serentak sbb xde nya emas fizikal..dan ade plak syarat diletakkan utk dptkan emas fizikal whereby telah menafikan hak pembeli utk menuntut emasnya pada bila2 masa...

while KFH plak..once u purchase the gold, dorang akn bg gold bar mengikut nilai yg korang beli tu..so terpulang samada nk pegang n simpan kt rumah gold bar tu or letak dlm KFH utk simpanan..bila hrga emas naik jual balik..dan simpanan gold di KFH adlh FOC..tiada caj penyimpanan dikenakan..dan yes..KFH is truly syariah compliance..masa aku interview staff KFH tu dia ade tunjuk gold bar 5gm..mmg comel jek..siap ade sampul..tp klu nk pegang sdiri kena jg btl2..the wrapping tu xboleh defect lgsung..calar sket pn bole menjatuhkan nilai emas tu..so nk selamat simpan je dlm KFH semula..free plak tu…

so rasanya dh menjawab semua persoalan berkenaan gold investment tu..and pasal public mutual plak..xsemua public mutual adlh haram..because nowadays public mutual pn ade kaunter yg patuh syariah and its totally depends on investor utk pilih counter yg syariah compliance utk melabur..in fact aku pn invest dlm public mutual Islamic fund menggunakan EPF..as I said EPF is a saving..fund..tp kita bole keluarkan beberapa % dr akaun 2 kita utk invest kt mana2..so aku pilih public mutual Islamic fund..hasilnya akn deposit trus ke EPF kita balik..xbole withdraw ok..kita mmg xkn dpt pegang duit tu..tu kan utk simpanan hr tua..so dh tua n dh pencen nnti barula withdraw sume..so rancanglah masa depan anda..

smga mendapat manafaat dr info dan ilmu yg aku sampaikan ni..wallahualam..

Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak yang soleh yang mendoakannya. (HR Muslim)


Friday, July 29, 2011

kepalsuan hadith fadhilat 30 malam solat sunat terawikh

Assalamualaikum..

sempena nk Ramadhan ni..byk pihak yg menyebarkan hadith2 berkenaan 30 malam solat sunat terawikh..cth mlm pertama ganjaran dia apa..malam kedua ganjaran dia apa..and so on..tahukah anda itu semua adalah hadith palsu..tiada sumber yg muktabar...tiada hadith sahih..ganjaran2 yg dinyatakan jgk agk tidak setimpal dgn ibadah yg dilakukan..terlampau2 disitu..mmg tidak dinafikan kelebihan solat sunat terawikh dan kedudukannya dalam sunnah..tapi jgn disebabkan penyebaran hadith2 palsu ni menyebabkan umat Islam melakukan amal ibadah dgn mengharapkan ganjaran yang tidak benar dan tidak akn dpt diperolehi..

cer tgk cth ni....fadhilat malam keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.. and ada plak hamba Allah yg nak pegi terawikh siap tgk dulu apa fadhilat utk mlm tu..kalau menarik barula sungguh2 nk pergi..Allahuakbar..jgn la mcm tu yek..sbb tu bahaya penyebaran hadith2 palsu ni...sebelum terima sebulat2nya..kaji dulu..tanya pada ustaz2 yg pakar dlm bab hadith..agr kita xtersesat sama...lakukanlah segala amal ibadat kita kerana Allah Taala..kerana mengharapkan keberkatan dan keredhaan dari-Nya...

solat yg paling elok selain solat fardhu dan rawatib adlh solat malam..pd yg belum mula amalkan qiamullail..jadikanla Ramadhan ni sbgai permulaan utk hijrah ke suatu yg lebih baik..amalkan solat malam kerana Allah Taala..jgn tunggu 10 mlm ramadhan terakhir je..smga segala amal ibadat kita diterima..


sesuatu ibadat yg baik tetapi dilakukan secara berlebih-lebihan sehingga mengadakan yang tiada..maksudnya sesuatu ibadat yg baru diwujudkan sedangkan nabi xpnh amalkan..ianya adlah bidaah..setiap bidaah adlh sesat...dan tempat utk mrka adlh neraka jahanam..dan mereka kekal didalamnya..Subhanallah..smga Allah menerima taubat hamba-Nya yg dulunya tersesat...hati2 ok..kadang mmg nmpk ibadat tu elok dan baik..tp kalau kita buat sesuatu ibadat itu bukan berlandaskan hadith yg sahih..dikhuatiri kita melakukan amalan bidaah..

berpegang teguhlah pada Al-Quran, Hadith dan Sunnah..insyaAllah kita xkan tersesat..bkn berpegang teguh pada ajaran nenek moyang kita yg kadangkala amalan tu bkn berlandaskan sumber rujukan utama..sbb tu kita dikurniakan akal utk berfikir dan mengkaji dgn lebih mendalam utk mendptkan ilmu yg bermanfaat..brulah cara hidup Islam kita adlh di landasan Islam yg sebenar..wallahualam..

p/s: Ahlan wa sahlan ya Ramadhan ..dan selamat berpuasa..

Tuesday, July 19, 2011

time for looooooooooong holiday...

Assalamualaikum..

alhamdulillah..xlama je lagi Ramadhan akn tiba..semoga kita semua dpt menyempurnakan ibadah puasa kita utk sepanjang Ramadhan tahun ni..insyaAllah..and secara x langsungnya..bermulala loooooong holiday for blogging..hehe..mcm thn2 sblm ni aku mmg akn minimize kan aktiviti blogging every time Ramadhan menjelma..bulan yg penuh barakah dan peluang utk kita merebut sebanyak mngkin pahala yg Allah sediakan utk hamba-Nya...kita pn xtau next yr sempat ke idak kita nk ketemu Ramadhan lagi kan..sbb apa istimewa sgt Ramadhan ni? slh satu sebab paling besar skali adlh di dalm bulan ni la dan hanya pada bulan ni shjala kita bole menunaikan rukun Islam yg ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan..so peluang utk menunaikannya hnya dtg sekali setahun..

masa utk kita kumpul harta akhirat pula..barula seimbang kehidupan kita sebagai seorang muslim yg beriman kpd Allah Taala..ingtan utk rakan2 blogger yg dirahmati Allah..berhati2 lah dlm penulisan anda ok..especially di dalm bulan puasa ni..jgn disebabkan penulisan kita menyumbang kpd berlakunya pertikaman lidah dan penyebaran fitnah di kalangan readers..lg elok lg klu penulisan kita tu dpt memberi manfaat kpd readers..insyaAllah kita jgk yg akn beroleh keberkatannya.. :)


ok la..tu je nk update utk hr ni..hr ni aku smpai opis awal giler..so xde org..line clear la nk bw sket n update sket2..insyaAllah lps raya nnti aku buat come back..hahaha poyo jek..xdela mksud aku comeback tu..aku nk beramah mesra dgn uols la..skang ni kan aku mcm ala2 sombong gitu..sunyi sepi jek..bw pn idok..update pn idok..hehe..and to all readers yg xjemu2 jenguk suziey.com..mekaseh byk2 yek..smga mndapat manfaat dr penulisan aku...dan di kesempatan ni aku nk minta maaf kepada semua yg membaca n3 ni..seikhlas hati ampun dan maaf dipinta andai ada kata2 aku dlm penulisan aku yg menyinggung mana2 pihak..ampun dan maaf jgk andai ade kesalahan yang tidak disengajakan samada secara alam maya atau secara live...

selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak :)

Tuesday, July 5, 2011

dh tempah tiket entrance ke Syurga?

Assalamualaikum..

Syurga itu mempunyai 100 tingkat dan 8 pintu..4 nama pintu ada dinyatakan di dalam al-Quran manakala 4 nama pintu lagi dirahsiakan dan hnya Allah yg mengetahuinya..di dalam solat mahupun di akhir solat, pasti diselitkan di dalam doa2 kita agar kita termasuk di dalam golongan org2 yg beriman dan ditempatkan di dalam syurga yg paling tinggi skali iaitu syurga Firdaus..iaitu syurga yg paling hampir sekali dgn Arasy Allah s.w.t..

semoga segala amalan yang kita lakukan di dunia ini akn diterima Allah s.w.t sbgai bekalan dan pemberat sewaktu pertimbangan amalan dilakukan pd hari perhitungan nnti..sesungguhnya Kiamat itu pasti..hari perhitungan itu pasti..syurga dan neraka itu juga pasti..sebelum malaikat Israfil meniupkan sangkakala, sama2lah kita mengharapkan agar taubat kita diterima Allah s.w.t…

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda tentang terompet malaikat Israfil: "Terompet itu adalah sebuah tanduk raksaksa yang terdiri dari cahaya. Besar tiap lingkaran dalam tanduk itu selebar langit dan bumi. Terompet itu akan ditiup tiga kali. Tiupan pertama membuat makhluk takut, tiupan kedua membuat makhluk mati, tiupan ketiga untuk membangkitkan makhluk dari kubur".

subhanallah..jgn berlengah2 utk mengumpul bekalan akhirat..segala yg di dunia pasti akn ditinggalkan saat Malaikat Izrail menjalankan tugasnya ke atas kita..kembalilah pd Allah yg satu..jgn menyekutukan Allah, ikuti segala syariat-Nya, tinggalkan segala amalan bidaah yang bole menjerumuskan kita ke dalam kekufuran..sesungguhnya tpt bagi org2 yg kufur adalah di neraka jahanam yg mana pintu2 nya dijaga rapi oleh para malaikat yg besar, ganas, kuat dan sgt patuh pd perintah Allah s.w.t..wallahualam..
p/s: smga kita sempat utk menyempurnakan puasa di bulan Ramadhan tahun ni..amin..

Tuesday, June 28, 2011

tiada hadith sahih berkenaan puasa sunat israk mikraj

Assalamualaikum..

As we know esok 27 Rejab..peristiwa penting yg berlaku pd tarikh tu adlh Israk Mikraj..sana sini org heboh perkatakan puasa sunat israk mikraj..ganjarannya besar..umpama pahala puasa 60 bulan..namun..sebelum kita turut excited ikt terjebak puasa sunat pd 27 rejab demi mengharapkan pahala puasa 60 bulan tu..kaji dulu..adakah hadith sahih yg menyatakan demikian..tidak ade dalil khusus atau hadith sahih yg menyuruh kita puasa sunat israk mikraj..dan ganjaran2 yg dinyatakan tu adlh dr hadith palsu..hati2 ye..byk hadith2 palsu skang ni utk menyesatkan kita..so janganlah kita tergolong dlm golongan org2 yg melakukan amalan bidaah..iaitu amalan2 yg tidak dilakukan oleh nabi kita dan juga amalan2 yg tidak disuruh sprti di dalam al-Quran..adlh berdosa besar kita melakukan amalan bidaah..especially amalan2 ikutan org tua nenek moyang kita zmn dulu kala yg byk diamalkan tanpa berpandukan hadith dan dalil yg sah..kadang tanpa kita sedari.Allahuakbar..semoga Allah mengampunkan segala dosa2 kita..

so..hati2 ok..sblm melakukan sesuatu ibadat tu, make sure ianya adlh ibadat yg dilakukan berlandaskan hadith dan dalil yg sahih..rujuk pada yg pakar ok..
Seeloknya amalkan puasa sunat isnin khamis dan 3 hari setiap bulan Qamariah (calendar Hijrah/Islam)..Apepun..lakukanlah setiap ibadat itu kerana Allah Taala..sesungguhnya pahala dan ganjaran adlh milik Dia..mohonlah agar segala ibadat kita diterima olehNya..soal ganjaran dan pahala biarlah Dia yg Maha Bijaksana menentukan..

Thursday, June 16, 2011

jawapan kpd persoalan hukum ASB..harap dpt merungkai segala kekusutan..

Assalamualaikum..

ok..as promised aku nk update pasal ASB tu..thanks to Puan yg berkenaan sbb call utk clarify n make things clear..ok for info, aku x investigate dgn SC shja..aku jg dptkan input2 dan info2 yg aku rasa berguna as a guide utk korang tentukan nk pegang yg mana..aku call and intvew sdiri personal dr SC, Bank Islam dan PNB (owner ASB)..and soalan2 intvew aku adlh sume berkenaan point2 penting yg aku nk tau dan sahkan..aku rasa ths is last n3 berkaitan ASB ni ok..klaau korang nk terima ok xnk terima pn aku no hal..sbb amal ibadat dan dosa yg kita lakukan sdiri tanggung..aku rs aku dh play role aku as a muslim..aku xnk cari mslh dan menyebabkan pertelingkahan sesama saudara seIslam disebabkan penerimaan yg berbeza..kena jg jgk tu..ukhuwah sesama insan..yg sgt dituntut dlm Islam.jgn hnya tgk 1-1 perkara je tp perkara lain sume ke laut..smga kita menjadi muslim sejati.. :)

ok 1stly aku huraikan pasal conversation aku dgn SC..menurut SC, syariah compliance yang telah ditetapkan oleh SC mmg panjang la list of criteria dia utk sahkan pelaburan tu adlh patuh syariah..dan definisi patuh syariah SC tdk ade kena mengena dgn hukum halal atau haram..sbb dorang bkn la badan yg bertnggjwb utk tentukan hukum..so antara list/point paling atas dlm syariah compliance SC adlh setiap syarikat yg buat pelaburan mesti ada syariah advisory dan syariah advisory ni kena hantar report2 berkaitan pelaburan kpd SC..kiranya annual report la..dan 1 main point ni PNB (ASB) xboleh comply..dorang xsubmit report yg diperlukan oleh SC..and menurut SC, PNB (ASB) xrequest pn utk SC jlnkn observation utk keluarkan pengesahan yg ASB ni patuh syariah..so bila aku tnya kenapa n kenapa..finally dia ckp la..utk syarikat yg melakukan pelaburan yg patuh syariah dan tersenarai dlm SC pnya list of Islamic fund, ade caj yg dikenakan dan dia kata selalunya sstgh syarikat xhntar permohonan utk disahkan patuh syariah sbb caj agk mahal so agk membebankan..(which is x logik just becoz of tht reason PNB xbole nk comply)..there must be something wrong yg membuatkan PNB (ASB) xbole nk comply to SC pnya syariah compliance (1 of it is to provide report frm the syariah advisory utk SC jalankan investigation)..person yg ckp ngn aku tu pesan.."kita ni dikurniakan akal dan fikiran, so kena la gunakan, kaji n tgk la dgn mendalam..jgn hnya pegang pada satu tu jek".. mcm sama je ngn ayat aku sblm ni kan..hehe..dia kata mcm tu sbb aku ckp skang ni rakyat especially org Islam confuse dgn fatwa kebangsaan dan fatwa negeri selangor.. :) 

selain dr report to be provided by PNB, antara kriteria lain adlh panel syariah mestilah yg terdiri dr pakar2 dlm bidang kewangan Islam..pakar2 dlm perbankkan dan pelaburan Islam utk memantau aktiviti pelaburan sesuatu syarikat tu spya semua pelaburan adlh sah mengikut syarak..SC hnya akn memantau dan investigate based on the syariah advisory syrkt tu..ade peratus2 yg ditetapkan oleh SC utk pelaburan di dalam kaunter2 yg tidak patuh syariah..so sbb tu panel syariah PNB perlu kemukakan report berkenaan peratusan tu kpd SC..malangnya PNB xboleh nk provide..sbb tu SC tidak boleh sahkan ASB sebagai fund yg patuh syariah..

ok then aku pegi Bank Islam tadi utk masuk duit dlm akaun pelaburan aku..aku tnya dekat manager Bank Islam tu kenapa transaction ASB xde kt Bank Islam (in fact kalau perasan sume bank2 Islam lain kt malaysia ni pn xde transaction ASB..mcm muamalat, al-rajhi, KFH)..jwpn dia simple jek.. "nak tau ke kenapa..sebab pelaburan ASB adlh syubhah..setiap yg syubhah Bank Islam mmg xkan terima sbb Bank Islam adlh syariah compliance.." 

kenapa transaction TH xde kt bank2 konvensional kt malaysia ni? sbb TH adlh syariah compliance..tidak bole terlibat dgn perkara2 yg haram dan syubhah...:) renung2kan :)

ok finally intvew aku bersama org PNB sdiri tru phone..baru la aadil kan..aku intvew sume yg berkenaan..xde la org kata aku syiok sdiri perasan mcm ulama yg pandai2 nk buat hukum..soalan yg sama..mcmana pelaburan ASB..kat mana dan berapa percentage pelaburan ASB di tpt2 yg xpatuh syariah..jwpnnya..dia pun xpasti berapa % yg PNB laburkan di kaunter2 yg xpatuh syariah..sbb dia ade percampuran..tp yg pasti bukan di tpt arak dan judi..cuma yg banyak nya pelaburan dlm badan2 kewangan which is bank..n as we know harimau kuning la kan..ok ni dialog kami:

En A: "mcm yg kita tau mmg la harimau kuning tu konvensional..ade percampuran tpt2 yg xpatuh syariah tp dlm harimau kuning tu pn dh diwujudkan Islamic window..so harimau kuning masih dlm proses menuju ke arah mewujudkan Islamic bank yg besar utk mengatasi konvesnional

aku : "means that skang ni still konvensional mengatasi Islamic?" 

En A:  " aah" ..

aku:  "hmm..mknanya percampuran tpt2 yg xpatuh syariah lg byk la dr yg patuh syariah?"..

En A: "lebih kurang mcm tu la"

aku: ok lg satu sy nk tau..kenapa ek kalau tgk dlm list of Islamic fund yg approved by SC patuh syariah xlisted pn ASB? kenapa ASB xbole comply pd SC syariah compliance yek?

En A: "sebabnya % yg ditetapkan SC utk sahkan pelaburan tu patuh syariah tinggi sgt.. (dlm hati aku istighfar dh)..so PNB xbole comply dgn % yg SC tetapkan utk sahkan ianya patuh syariah..sbb tu ASB xlisted dlm SC Islamic fund tu..."

aku: (dlm hati..OMG..sedihnya) means that % yg dilaburkan oleh ASB pd kaunter2 yg tidak patuh syariah adlh byk la melebihi yg telah ditetapkan oleh SC syariah compliance??

En A: org tu: " emmm..aaaa..emm lebih kurang la."..

aku: ASB ade x panel syariah advisory?

En A: " ade..(dia btau nama2 panel tu..mostly Dato'..and di kalangan ulamak, mufti dan penasihat syariah bank negara)

ok la..tu je la hasil kajian aku..so now terpulang pd korang ok utk pegang yg mana...smga mendapat manfaat dr ape yg aku smpaikan :)

fatwa kebangsaan memfatwakan harus based on kepda maslahat umum..sprti menjana ekonomi bumiputera..while fatwa negeri selangor based on pelaburan itu sendiri yg dilakukan di tpt2 yg tidak patuh syariah.. sbb tu pakar2 muamalat byk memegang hukum haram..apepn tepuk dada tnya iman..kita nk pentingkan maslahat umum yg hnya pentingkan kehidupan di dunia atau nk pentingkan hukum yg sgt memberi impak besar kpd iman dan akidah kita sbgai org Islam? semua hrta akn tinggal di dunia kalau kita mati..tp amal ibadat, pahala dan dosa yg kita kumpul di dunia ni yg akn mengiringi kita bila bangkit di akhirat kelak..

p/s: panas jgk isu ni yek..unique visitor suziey.com pn cecah 1.2K..

Tuesday, June 14, 2011

hukum ASB tetap haram jika ianya tidak patuh syariah..disahkan oleh SC..

Assalamualaikum..

ok..ramai yg dh baca isu ni kt paper kan..ok meh aku bagi link..klu korang nk baca la..agk longgar hujah yg dikemukakan..ok 1stly tgk dulu n3 aku berkaitan panel2 syariah yg terlibat dlm menentukan fatwa kebangsaan dan panel syariah di dalam SC yg menentukan dana2 pelaburan itu patuh syariah atau tidak.

ok korang tgk List of Malaysian Approved Islamic Fund ni dulu..ade x ASB?? xde kan..list tu adlh Fund yg diapproved dan disahkan oleh SC yg mematuhi syariah..fund2 tersebut adlh Islamic dan syariah compliance..updated as at April 2011..emm ade x korang nmpk Amanah Saham Bumiputera a.k.a ASB? xde kan..so bila xde tu pepaham je la..means xpatuh syariah la..(AHB syariah compliance ok :) )

oopss..xcaya ke? ok aku pn xnk la sebarkan info palsu..aku gk yg dosa nnti..so utk kepastian aku dh call sdiri SC and tnya berkenaan ASB..mmg sah ASB tidak syariah compliance..percampuran kaunter haram yg melebihi peratus..and aku dh bg contact number pd person incharge utk case file ASB dan dia akn call aku once dia balik dr cuti..utk dia explain in detail what are the criteria yg menyebabkan ianya xpatuh syariah..nnti aku akn share kt sini ok..

maklumat ni penting utk disebarkan..sbb ade org yg mmg dh ade akaun ASB dan sedang menikmati dividen ASB lega bila keluar kenyataan dlm paper mengatakan ianya xharam.tp penjelasan yg agk longgar..aku xuntung ape pn..bkn aku ade share pn ngn SC or mana2 pihak yg berkepentingan..aku just nk share the info n spread the truth..

last word dr aku..terpulang pd korang utk terima fakta atau nk pejam mata dgn fakta2 yg diberikan..semoga kita semua terlindung di bawah rahmatNya dan bersih dr segala yg haram..agar hidup di dunia dlm keredhaan Allah s.w.t dan bangkit di hari akhirat tnpa beban  yg bole menghalang kita dari melangkah masuk ke pintu syurga...

Monday, June 13, 2011

hukum dividen & pelaburan KWSP

Assalamualaikum..

since ade beberapa persoalan pasal dividen / pelaburan KWSP yg diajukan pd aku..apekah hukumnya pulak..adakah sama dgn ASB..ok meh aku kasi clear cut dulu what is dividen / pelaburan KWSP ni dulu...basically KWSP ni adlh tabung simpanan..tgk nama pn dh self explanatory KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA..bila kita bekerja. kita as a worker wajib utk mencarum dlm KWSP..dan duit yg dicarum adlh simpanan hari tua kita..mcm tagline KWSP tu sdiri "SIMPANAN HARI TUA ANDA"..ianya bukan dana pelaburan..aqad yg kita sign masa mula2 nk mencarum tu pn adlh aqad simpanan wadi'ah (safe keeping)..KWSP bertindak sbgai badan yg menguruskan simpanan hari tua kita tu..sbb tu xleh nk kuarkan suka2 hati kan..and ianya BUKAN DANA PELABURAN..tiada aqad pelaburan yg dibuat antara kita dan KWSP mcm yg ktia buat dgn ASB..ASB mmg totally utk pelaburan..ok berbalik psl simpanan KWSP tu..ianya mmg totally simpanan..as a keeper, KWSP berhak utk laburkan wang kita di mana2 kaunter yg mereka nak..so itu merupakan initiative KWSP sendiri dan bkn kita yg berkuasa utk membenarkan atau tidak membenarkan duit kita dilaburkan..dan jika ade keuntungan berupa dividen, menurut syariah ianya adlh hibah (hadiah) kpd pencarum yang menyimpan wang mereka di KWSP..

as mentioned kita as worker has no option utk tidak mencarum..dan inisiatif KWSP utk melaburkan duit kita tu adlh di luar bidang kuasa kita..so xde mslh utk kita menerima dividen tersebut dlm bentuk hadiah..BUT..jika ade pertikaian di dalam tpt pelaburan iaitu terdpt percampuran kaunter halal dan haram, kita bole dermakan/salurkan ke badan2 kebajikan dividen yg kita terima berdasarkan peratusan fakta kaunter2 haram..dan selebihnya bolehlah kita nikmati..KWSP is the biggest player dlm bursa malaysia kan..kita bole tau kaunter2 pelaburan mana yg mereka masuk..so boleh la identify if there is kaunter2 yg xpatuh syariah...pengiraan adlh berasaskan fakta ok..maybe akn ade org yg tkt or was was nk amik semua dividen tu..bole jgk..terserah pd anda..tp ianya hak masing2..cuma point aku kt sini adlh bole utk kita terima dividen dr KWSP krna ianya adlh hibah menurut syariah..selagi mana kaunter2 yg dilaburkan adlh halal..sekiranya ade percampuran pelaburan, kita just amik dividen mengkut percentage kaunter pelaburan halal dan percentage kaunter pelaburan haram salurkan ke badan2 kebajikan..apepun hasil haram yg kita dpt dan kita sedar dan bertaubat aknnya, jln penyelesaian trhdp duit2 tu adlh dgn menyalurkan ke badan2 kebajikan..duit haram tu bole didermakan ok..sbb yg haram adlh utk kita gunakan tp halal digunakan oleh penerima derma/sumbangan..so kena paham ok relation sume ni..

next, let me explain pasal pelaburan KWSP plak ok..dont get confuse between pelaburan KWSP yg dilakukan oleh pencarum dan jgk pelaburan KWSP yg dilakukan atas initiatif utk melaburkan duit semua pencarum didalamnya..it is 2 different thing dan implikasi dr segi hukum sgt besar..ok yg aku terangkan kt atas tu adlh pelaburan yg dilakukan atas initiative KWSP utk rolling duit dia..and diluar bidang kuasa kita utk tidak membenarkannya..kita as pencarum just sign aqad simpanan wadi'ah..so ape2 dividen adlh dikira hadiah menurut syariah..BUT pelaburan KWSP yg dilakukan dgn rela hati oleh pencarum adlh bende yg berbeza..ianya adlh pelaburan pilihan pencarum (kita la tu kan)..tapi..utk pengetahuan, KWSP tidak menguruskan dana pelaburan pencarum itu..ok aku bg contoh simple utk lebih jelas ape yg aku maksudkan tu..if aku (cthla kan) decide nk keluarkan duit KWSP utk pelaburan, KWSP hnya akn buat kelulusan samada aku layak atau tidak utk keluarkan some amount utk buat pelaburan..dia ade pengiraan dia tau..which is Akaun I minus dgn simpanan asas (based on umur kita)..cth umur aku 30thn..Akaun I aku - RM18k (approx simpanan asas aku) x 20% ...if jwpn = <1K (kurang dr RM1K) means aku xlayak utk keluarkan duit KWSP aku utk buat pelaburan..if > RM1K then aku layak utk keluarkan duit KWSP utk pelaburan..

ok let say aku layak utk keluarkan duit KWSP utk tujuan pelaburan, aku kena cari ajen pelaburan aku sendiri utk melabur..so by this time, KWSP is nothing to do with our withdrawn money anymore..KWSP TIDAK TERLIBAT dlm pelaburan yg kita nk buat..so terpulang la pd kita nk melabur ke mana..rsnya dorang ade approved unit trust yg kita bole pilih..tp mcm yg aku call n tnya CS dia...ke TH pn bole..masuk akaun TH n melabur..thats it..maybe ade yg xpaham pasal pelaburan KWSP..mksud pelaburan KWSP tu adlh kita as pencarum just keluarkan duit KWSP utk tujuan pelaburan..bkn KWSP yg uruskan tpt pelaburan kita..dorang just check kelayakan kita je utk keluarkan duit utk tujuan pelaburan..thats it..ouh btw..bkn dpt duit cash cenggitu je utk dilaburkan ok..ianya adlh melalui kontrak dan aqad..segala keuntungan tu pn akn masuk balik ke KWSP..kiranya kita laburkan duit kita secara back end..any profit or ape shja yg kita dpt akn terus masuk ke KWSP semula..so dh tua nnti kita akn dpt la duit kita yg beranak2 tu..so basically itu la konsep pelaburan KWSP tu..dan tjwb kita adlh plh tpt pelaburan yg patuh syariah...

ok now pasal ASB...ASB adlh DANA PELABURAN..whereby ppl dump money into ASB for investment..adakah ianya wajib? tidak kan..ianya pilihan individu itu sendiri..ianya keinginan individu itu sendiri utk melabur atau tidak di dalam ASB...sekiranya individu itu memilih utk melabur di dalam ASB which is most of the kaunter tu kita tau xpatuh syariah, so haram la hukumnya utk kita terima dividen/bonus ASB tersebut...pasal ASB ni byk kali dh explain kan..hehe..bole refer la n3 aku pasal ASB ni yg lepas2 yek..hehe..

so itu lah bezanya antara KWSP dan ASB..dont get confuse ok..aqad antara kita dengan pihak yg terlibat dlm sesuatu kontrak tu penting utk menentukan hukum..

ok tu je kot aku nk ulas pasal KWSP ni..hope info yg diampaikan clear dan korang faham..kalau xfaham tnya ok..u r most welcome to do so :)

p/s: later aku share pasal Public Mutual & Unit Trust..and further research pasal hukum AHB..
Related Posts with Thumbnails
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio